Sunday 14 December 2008

Urgent call

0230 am (Moscow time)

Terjaga dari tidur.Aku jadi sebak. Mimpikan ibuku. Mimpikan aku memeluk erat-erat ibuku. terasa selamat dalam dakapannya. Ibuku senyum, aku erat memeluknya.Sesuatu perasaan yang luar biasa. Di dalam pelukan ibuku yg agak lama..Lantas terus terjaga. Aku terus sebak. Aku kelipkan mata beberapa kali. Ya Allah. Mungkinkah ini isyarat-Mu utk yg aku sudah agak lama x call ibu dan ayahku. Hanya kiriman SMS aku wakilkan. Bukannya apa, aku tgh consider nak pakai skype atau pun sambung pakai IDD. Tangguh punya tangguh terus tepat pada pukol 2.45 pagi aku masuk bilik Asrul amik IDD. call mak.

Call mak aku. Sungguh terkejut mereka-mereka sana. Tanyakan pasai apa yg aku call pagi-pagi buta. Ya lah pukol 750 pagi. Agak-agak mmg jarang dibuat aku ni. Mak meneka. Mimpi mak ek. Aku cover. Eh mana ada. Sikit-sikit ja. Mak teka lagi. Mimpi apa. Aduh. Dah X boleh nak cover dah. Aku balas, ya memamg mimpi mak. Emak gelak. Dia dah dapat agak. Kali last aku buat urgent call ni pukol 9 pagi malaysia, tu pun hanya SMS kpd ayah aku. Haih. Alhamdulillah diberi kesempatan Allah utk bercakap dgn ibu dan ayahku.

Proses utk mendapatkan sijil Doktor Perubatan(Doctor of Medicine) yang hanya berbaki kira-kira 6 bulan ini cukup menyiksakan! Aku x bimbang sedikit pun dgn hal-hal study. Sikit pon tidak. Tetapi yang hanya aku bimbangkan adalah hal-hal di sebaliknya. Bermula pada tahun 4 lagi aku diuji. Kehilangan seeorang yang dicintai, iaitu Teh aku. Dia bagaikan tempat rujukan aku yg pertama sebelum dirujuk kepada mak dan ayah. Sebelum aku berangkat balik ke sini, aku perasan aku dipeluknya erat-erat, kuat bagaikan itulah titik noktahnya. Ya, Allah sayangkannya. Pada November,Jumaat pagi dia dipanggil menghadap Ilahi. Akibat sakit lamanya Colorectal cancer. Sempat dibisikkan pada telinga ayahku, agar dikirimkan salam pada bee(aku), dan dipesannya yang dia cukup sayang pada aku xubah seperti anaknya.

Pada summer tahun ni aku diuji sekali lagi. Kehilangan Wa yg dicintai(bapak saudara aku). Kali ni aku sempat menguruskan hal-halnya dari mula hingga detik-detik yang terakhir. Allah izinkan aku. Aku bersyukur kerana diberi kesempatan utk menguruskan hal-halnya hingga ke dalam liang lahad. Kali ini disebabkan kegagalan buah pinggang kronik.

Segala-galanya ini aku redha. Ya, mmg aku mintak jauhkan. Setidak-tidaknya hingga aku tamatkan sisa-sisa perjuangan aku di sini. Tapi siapalah aku nak persoalkan? Aku hanyalah insan kerdil. Aku hanyalah dimiliki, dan bukan memiliki! Aku dimiliki oleh Rabbul izzati yg penuh belas kasih sayangnya. Bila dimiliki aku akan sentiasa layak diuji. Bila diuji, inilah cara Dia berinteraksi dgn aku utk menjelas dan mentafsirkan lagi hakikat keikhlasan dan redha aku sebagai hamba. Ya aku bukan memiliki. Semua yg aku ada sekarang akan lenyap, kerana itulah janji-janji Allah. Yang di akhirat itu lebih abadi dan haqiqi.

"B rindu kat mak dgn ayah.."

“Maka apakah kalian mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kalian secara main-main dan bahwa kalian tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al Mu’minun: 115)

"dan TIADALAH KEHIDUPAN DUNIA INI MELAINKAN SENDA GURAU DAN MAIN-MAIN.dan sesungguhnya akhirat itu adalah sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui" (29:64)

3 comments:

Nurul Nadiah said...

Doc,

sabaq na, tak lama dah tu. 6 bulan ja lagi. Nanti dah balik sini, jangan lupa mintak kat perlis nun. Dok dekat sket dengan mak ayah. Lama dah dok jauh-jauh kan. =)

Mesti sejuk ati mak doc kalau baca entri ni =)

laki cikgu kimia said...

rindu mak jugak.. isk.

JatBee said...

nadia: ya2 definitely i will..hospital Hospital Tuanku Fauziah will b my choice :D

am: huhu..i wish i'll be on d plane rite now goin home :D