Wednesday, 10 December 2008

Combo laparoscopic operation utk yg terakhir

Salam

Fuh. Akhirnya Laparascopic operation yg dijanjikan berjaya kami tontoni. Bukan satu, malah dua. Penat jgn cakaplah. Aku dari pagi mmg minum air kosong saja, bajet kelas habis awal. Hari ni dpt zachOt. Harap-haraplah!. Sampai ke petang pukul 2 masih xber'lunch' lagi. Sabar-sabar. Perut berbunyi-bunyi irama R&B. Operation masih aku concentrate. X apa,nak dapat zachOt punya pasal.

Dua-dua case pasal cyst di dalam ovari. Oh, at least aku belajar mcm mana nak potong cyst itu..Hari ni En. Baktiar yg perform sambil di'assist' oleh Prof. Davidoff. En. Bakhtiar banyak kena 'tiaw' dgn prof. Tu baru En. Bakhtiar,Hurm. Agak-agak bagaimana lah aku nnt..huhu

1. Cari ovari yg 'affected'. Hint: sizenya besar gabak
2. Buat lubang kat peritoneum. Potong sedikit. Tarik peritoneum sampai ke bawah
3. Coagulate sikit-sikit secukup rasa
4. Pegang cyst sambil tarik peritoneum ke bwh, utk meng'exposed' cyst
5. Potong cyst yg telah diexposed
6. Dah siap!

Livan, prof. Davidoff dan En. Bakhtiar usha-usha dlm tv, apa yg patut.








En. Bakhtiar in action!




Habis operation semua orang happy. Tersenyum masing-masing dlm mask. Turun ke kelas, ready zachOt book. Prof Davidoff dan Livan amat puas hati dgn group kami, gembira jugak. Masing-masing gembira. Prof tanya ada soalan?kami semua senyap. Nak tanya apa lagi, tunggu nak balik aja lah. Sebelum balik, kami bergambar ramai-ramai. Kenang-kenangan dgn proffesor yg terhandal. Handal tak handal beliau ni dalam bidang surgery memang tak dinafikan. Sebarang operation di hospital ini yg mengalami komplikasi, akan dirujuk kepada proffesor Davidoff utk management selanjutnya!Aku admire beliau.

Group 5

Dari kiri: (Duduk)Krin, Nazlin, Auyun, Livan, prof. Davidoff
(Berdiri)Faiz, saya :D, mubin, posto, lutp dan mat pil


Pulang.Sejuk.Lapar.Sembang-sembang dgn posto, nazlin dan mubin. Balik rumah check email. Follow up dgn editor majalah di German pasal gambar aku. Aku senyum sorang-sorang. Gambar sudah dipublished! Muka depan lagi :D Rasa lapar hilang. Masuk dapur. Tgk apa-apa yang patut untuk dimakan. Ayam siap dipotong. Marinate sajalah. Bakar. Sambil tunggu ayam bakar yg enak lazat siap, aku terlelap..Bagun balik, makan. Baca blog orang sampai sekarang yg kini menulis blog aku pula..

Gambar masjid aku yg amik! kiri atas dalam majalah..



P/s: Teka teki utk budak 5th year dan 6th year di MMA, Russia..Sesapa nak jawab pon boleyh..Hadiah spesel :D

1.Kenapa waktu perform laparoscope akan sentiasa teringat makanan?

2. Macam mana nak practice perform laparoscope dgn lebih mantoooppp, xmcm En. Bakhtiar?

3.Kenapa En. Bakhtiar tidak berambut?

4. Kenapa Santa Claus gemuk atau obese?

11 comments:

CriticalThinker said...

aku tak boleh jawab teka teki ko kali ni sebab aku tak lepas pon syarat kelayakan penyertaan.. hahah

put3yaNn said...

nak jawab yg last tuhhhhh. santa claus gemok sbb tak gi gymmmmm!!!! kih3

jatbee said...

am: try je jwb,hahaha..mane tau betol..aku terime jwpn yg bernas..heheh

yan: salah2, sbb santa kerja setahun sekali shj time xmas..huhu

raihan said...

aku nk tnya balik soalan kat hg ijat?apakah spesel prize tu?haha...

SyaHRul FaIZ & NuR AuyUN said...

sbb teringat mknn = time buat laparoscopic tu dia coagulate nmpk mcm daging grill gitu, siap berasap2

nk practice= main la ps2 ke hape2 game yg guna controller tuh haaa

baktiar xde rambut= maybe penyakit keturunan... tp kl ikut mubin dia kata sbb bakhtiar jd santa time xmas, nnt dia pakai rambut palsu ngan janggut palsu gak.. so xyah rambut

haaa .. soaln 4 da terjawab... nk hadiah syaurma free satu

jatbee said...

auyun: hahahaha, dah2 soklan bocor..xleyh2..huuhuh

Sarah Mohd Shukor said...

Bengong sungguh jawapan tu. Adoi. Euww. Boleh pulak terbayang daging grill ye waktu coagulate daging tu. Gross gile.

Aizat, tahniah dah di publish pun gambarnya ye. A good start for a brighter future.

jatbee said...

actually jawapan laparoscope tu agak kurang tepat. jawapan ini mcm, sbb dah nama pon laparrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrroscope..sure lapar punyaaa,,,:D

Sarah Mohd Shukor said...

Eiiiiiiii....

Ainul Arina Madhiah said...

salam penyertaan~ =P

soalan satu dua takleh jawab sebab tak masuk silibus lagi.. soalan last, sebab santa claus kalau dia kurus, orang dah tak nak amik dia keje hantar hadiah la sebb santa claus wajib gumuk..

nice blog sebab suka baca citer dlm teater bedah dan gambar-gambarnyer.. makin semangat jadi nak naik tahun.. huhu.. udachi!

jatbee said...

Ainul: Santa tu pon bulih kurus jugak kan? :D

Owh, gud luck in ur study k