Saturday 10 December 2011

Its just appendicitis

Salam,

Well, such a long time i didn't update my blog. My solid reason is because i keep on pending to think of good topic to talk and discuss about.chewahh.

Ok lets talk about appendicitis. This is merely general information to all of you outside there and i hope by the end of this topics you could alert and come to see the doctor as soon as possible.

What is appendix?what is the symptoms and why this topic i choose out among all of the other topic? of course this is emergency surgical case which could lead to high mortality and morbidity. The appendix is the blunt end hollow organ filled with the protection tissue of our body called lymphatic tissue. Well, for me its important for our immunity, especially in children.


Appendix location

It is located in right lower abdominal region(the most common place). The symptoms is simple, sudden onset of pain, pricking type, increase in severity, aggravated by food intake, fever(on and off), nauseated and vomitting-usually this is the most common symptoms i usually seen in my patient.

Well, as a surgeon, we see the patient as a whole. Besides appendix there, got a several organ located exactly the same location where appendix situated. We have meckel's diverticulum, cecum, ureter, ovary-fallopian tube(for women) etc.


Focus weih!!

So please do not irritated when the doctor ask u other question, because they want to exclude other disease as well. Who knows could be urinary tract infection with appendicitis, or only urinary tract infection alone or even appendix alone..sounds complicated is it?

When all the clinical examination conducted and diagnosed made. We go in!

For me, as a junior surgical doctor, done already 10-20 appendicectomy yet still had kinda feeling doing an appendicectomy like a playing cards!....yeah rite, because we dont know what will be encounter while open up layer by layer untill we gonna see the last part of abdominal layer..sound interesting right?....could it be easier or harder..



The palpitation begins just before the incision made and i guess it will end after the appendicectomy done. We never knew how is the appendix condition, is it perforated?suppurated?is it white? or there got a lots of adhesion untill the appendix cant even visualized and mobilized?!!


searching for appendix >.<

The even "simple" appendicectomy can be converted to laparatomy if the appendix profusedly damaged and involved the caecum..this is what i mean how cruel appendix could be to somebody..


Perforated appendix

Well guys, this is neither a medical lecture nor emedicine ya, take it easy. it just only a general information which i'd like to share with you guys. :)

Do not hesitate to ask me a questions ya..

Have a good day :)

Monday 11 April 2011

Cara Rasulullah Minum

...Anas bin Malik berkata

" Rasulullah menarik nafas sebanyak tiga kali di luar bekas minumannya semasa minum. Baginda berkata " Cara ini menyihatkan dan memuaskan"

(Direkodkan oleh Tarmizi, Muslim dan Abu Dawud)

Sumber: Syamail Muhammadiyah.

Bermaksud: Sewaktu minum, rasulullah menyelangi sebanyak 3 kali berhenti untuk mengambil nafas di luar gelas. Rasulullah minum dengan tiga tegukan, lalu mengambil nafas antara dua tegukan itu di luar gelas, bukan di dalam gelas. Hal itu dilakukan agar baginda dapat meneguk air tanpa meniup atau bernafas di dalam gelas atau agar dapat meneguk air tanpa bernafas di tengah-tengah minum karena bernafas di tengah-tengah minum sangat berbahaya. Kemungkinan boleh terjadi aspiration ke dalam saluran pernafasan yang akan menyebabkan choking dan seterusnya boleh membaw kepada kematian.



Diriwayatkan oleh Ibu Majah dari Ibnu Abbas r.a., “Rasulullah memiliki gelas dari kaca untuk minum.”

Selamat beramal :)

Thursday 17 March 2011

Coretan.

Assalamualaikum.

Haih dah 2-3 entry sebelum ni rasanya tak banyak yang aku nak sebarkan ilmu baru. Ntah. Kebelakangan ni mungkin ada mood untuk bercerita. Semoga menjadi iktibar dan pengajaran buat kita semua lah ..

Kisah kali ni bermula di jabatan kecemasan yang mana tempat aku bekerja sekarang. Macam biasa every each new patient, im gonna see and treat them as usual. Dah habis clerking, ambil darah then send ke lab. Ambil masa nak rehat sekejap habuan 5 minit, terpandang seorang pesakit lama aku yang terbaring di atas katil...ya, dia pesakit aku masa 1st posting di jabatan pembedahan dahulu.

Umur dalam linkungan 50-an selesa dengan panggilan mak cik Halijah. Aku pon mula menyapa. "Asslamualaikum, mak cik.."..jawab mak cik tu. Alhamdulillah dia masih ingat kat aku lagi..Mak cik ni has been diagnosed to have a colorectal cancer last stage.

Aku masih ingat kali pertama berjumpa dengan dia di ward pembedahan. Kiranya aku yang handle kes mak cik ni. Apa-apa segala progression mak cik ni, aku yang akan update dengan specialist aku. Ya lah, sebagai doktor aku percaya bukan setakat kita kena mengubat jasad, tapi yang penting sekali hati. Selalu jugak aku bagi kata-kata semangat kat mak cik ni.

Jangan putus asa. Anggap ini semua sebagai kafarah drpd Allah. Kalau mak cik redha semua ni, segala ubat yang sy bagi kat mak cik ni akan jadi pahala untuk mak cik yang berterusan selagi mak cik tetap redha dengan Allah...

Alhamdulillah, mak cik Halijah terus bersemangat untuk terus melawan penyakitnya itu.

Agak lama, habis posting pembedahan, aku terus di'rotate' ke jabatan-jabatan lain. Sehinggalah ke jabatan kecemasan. Kali terakhir terserempak dgn mak cik Halijah di kenduri salah seorang kawan aku. Alhamdulillah, dia nampak sihat dan boleh berjalan dah pun. Selepas tu, hampir setahun dah xjumpa mak cik Halijah. Apa progression dia, wallahu a'lam.

Selesai bertanya khabar, mak cik Halijah menceritakan masalahnya. Daripada history ringkas, dan melihat abdominal xray aku rasa mak cik halijah mungkin ada intestinal obstruction secondary to adhesion. Melihat raut wajah mak cik halijah nampak sayu dan xbermaya.

Macam biasa aku tak habis-habis bagi kata semangat dan menenangkan mak cik Halijah.

In sya Allah, tak serius ni, mak cik. Kita berdoalah, semoga dipermudahkan urusan, lekas2 sembuh boleh balik rumah mak cik ya..

Mak cik Halijah senyum.

Dia terus membalas.."Abang, mak cik sayang abang sangat-sangat, macam anak mak cik sendiri..Allah lah yang mampu membalas semua ni, abg..mak cik doaa kat abg supaya berjaya di dunia dan akhirat, semoga kita jumpa di syurga nanti ya, abg.."

Aku tersenyum. Ya lah, tiada apa yang lebih diharapkan oleh seorang doktor selain dapat melihat pesakit mereka sembuh dan yang penting mendapat doa drpd mereka. Ya lah orang yang sedang diuji Allah ni, tiada hijabnya, terus diangkat oleh Allah ke sisi-Nya. Maka itu cukup memadai buat aku.

"Ameen"

Aku sempat lagi berseloroh.."mak cik, doakan abg jadi pakar bedah cepat-cepat ya mak cik.."

mak cik Halijah tersenyum..

Setelah agak lama bersembang, mak cik Halijah dah nak dihantar masuk ke ward pembedahan untuk pemeriksaan lanjut. Aku sempat bersalaman dgn mak cik Halijah dan terus memberi kata-kata semangat untuknya.

Genap seminggu.

"Alhamdulillah.." kak yu dah selamat melahirkan seorang baby comel hari ni. Aku pon bergegas turun lif untuk ke ED, sebab time tu shif petang. Harap-harap tak eventful sangatlah petang ni.

Agak bergegas la jugak, terselisih dengan salah seorang colleague aku, Dr. A , sambil nak cepat sempat aku tegur "oit" shj, biasa la member2..tp tiba-tiba dia cakap..
"Aizat, mak cik hg, mak cik Halijah dah tak dak dah malam td..."

Aku tersentap. Sikit-sikit bergenang air mata ni. Terasa macam semalam saja aku baru jumpa dgn mak cik Halijah.

"Innalilillahi wa inna ilaihiraji'un.."....Semoga mak cik bersama para solihin..dan Allah lebih menyayangi mak cik drpd kami...

Mak cik Halijah menghembuskan nafas terakhir pada malam tersebut disebabkan peritonitis.

Rupa-rupanya itulah pertemuan kali terakhir kami..

Semoga roh mak cik Halijah ditempatkan bersama para solihin dan mendapat naungan Allah di akhirat kelak di mana tiada jua sebarang naungan yang diharapkan melainkan rahmat Allah semata-mata.

Ammen ya rabbal 'alamin

.."Ya Allah, jadikan pertemuan dan perpisahan ini untukMu dan semoga diri ini tergolong di dalam golongan dilindungi ArasyMU di akhirat kelak.."

" dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman)]. Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana" Al-Anfal:63

Tuesday 15 March 2011

09.03.11

" Ijat, kakak hang dah bearing down"..gerak bahasa SMS yang diterima drpd colleague aku yang sekarang bertugas di jabatan yang mencabar iaitu O&G. Ya, pada tarikh ini kak yu (Akak aku) sedang berjuang untuk melahirkan seorang baby dan sekarag dia berada di dalam labour room. Aku pulak yang gelabah.

Cepat-cepat aku capai saja baju yang sempat dicapai, pakai neck-tie zassss berdesup meluncur laju Pesona menuju hospital. Kebetulan petang tu aku kerja shif petang. Pergh agak gugup jugak nak tengok kakak kandung sendiri berhempas pulas nak melahirkan baby ni.

Sesampainya, mmg akak aku tengah bearing down. Sister A, merangkap ketua kumpulan penyambut bayi cakap Os full (Bukaan pintu rahim) pada pukul 2.10 ptg. Sekilas pandang tengok jam di dinding, 2.25ptg. Owh, ok still got time for 2nd stage. Aku, macam biasa ucap ayat-ayat standard di dalam labour room (teringat zaman posting O&G) ..kak yu! sikit lagi, sikit lagi tu..teran!!..angkat kepala, tengok perut, teran macam sembelit.."..."sikit lagi nak jadi ibu ni..sikit lagi".."..ayat-ayat ni nampak saja macam baby tu nak keluar dah, tapi pada hakikatnya rambut pon x nampak lagi.hak hak hak..suatu ayat perangsang di dalam labour room..

Jam menunjukkan 2.35pm. Pergh, gelabah beb. Rambut baby dah nampak dah, tapi cuma kak yu macam penat ja nampak sikit. Ayat-ayat perangsang terus diberikan. Bukannya apa, FYI 2nd stage ni bermaksud bermula daripada bukaan penuh pintu rahim, iaitu 10 cm sehingga keluarnya bayi tersebut hendaklah tidak melebihi satu jam, untuk ibu-ibu yang beranak sulong ni. So, kalau lebih daripada sejam, kemungkinan doktor akan menggunakan instrumental method untuk mengeluarkan bayi tersebut..seperti vacuum dan forceps..dan itulah yang aku tak mau..

Jam berdetik. Tik Tok Tik Tok. Rambut bayi makin nampak. Tiba-tiba, sister A cakap "Dr. Aizat, mai sini ganti saya fundus kakak kamu ni.."..pergh, mmg cabaran nak fundus kakak sendiri.(fundus-bermaksud menekan perut untuk membantu si ibu meneran)..

"Bismillahirrahmanirrahim", aku pon men-fundus. Dengan izin Allah, dengan sekali tekan, Alhamdulillah kepala baby dapat dikeluarkan..pergh, berpeluh gwa beb! Selesai 2nd stage. Sekarang giliran tangan dan kaki. Alhamdulillah semudah A B C, baby sempurna dilahirkan tepat pada pukul 2.40 ptg..

Eisyah Mysara :)

Eisyah Mysara, telah selamat dilahirkan pada 09.03.11 tepat pada pukul 2.40 ptg. Syok weih dapat nak menakan ni. pergh, ni tara anak menakan tak anak sendiri lagi, hik hik hik. Aku tengok muka kak yu pon penat, ya la, sakit weih nak bersalin ni, walaupun aku tak pernah rasa la kan, tapi pengalaman selama 4 bulan sambut baby ni terasa la aura dia. Beb, sampai aku pernah kena sound jugak la kan, biasala kes sakit sangat sampai semua orang depa nak sound. hahaha..

Baby comel kak yu dimasukkan selama 5 hari di NICU disebabkan Congenital Pneumonia (biasa la budak-budak baru lahir ni depa macam cultural shock sikit sampai oxygen pon drop..hak hak hak then masuk NICU buat chest xray nampak la hazziness sikit)..baby diberikan antibiotik selama 5 hari (Prosedur biasa)..Extend lagi kat ward SCN selama 1 hari disebabkan jaundice..normal la tu..

kak yu bersama baby comelnya

Hari ni, kenduri kesyukuran dan akikah Eisyah. Alhamdulillah. Allah melancarkan semua perjalanan tentatif kehidupan keluarga kami...dan kepada Eisyah Mysarah, buah hati ayah cik..Selamat datang ke dunia yang sementara ini, semoga menjadi anak solehah yang akan menegakkan kalimah Allah dan berjuang unuk ibu dan ayah dan juga negara.....

Cucu Tok Ayah..


Tahnik oleh 2 imam besar Masjid Alwi.

Dalam Sahih al-Bukhari, terdapat riwayat dari Abu Musa r.a. yang mengatakan: “ Aku pernah mendapat anak lelaki, maka aku pun membawanya kepada Rasulullah s.a.w. maka dinamakannya Ibrahim, kemudian ditahnikkan dengan kurma, lalu didoakannya agar dicucuri berkat, kemudian dia pun menyerahkan kepada ku.”

Nota kaki: Dok melayan Wii-Fi free..

Saturday 19 February 2011

Fotografi mengenal Ilahi

Assalamualaikum

"Bidang fotografi makro merupakan salah satu bidang fotografi yang unik dan anda akan belajar menghargai alam fauna di sekeliling anda.." begitulah lebih kurang ungkapan abang Rizal atau pun dikenali dengan nama pena RIZALIS (perintis kepada Malaysian Macro Team).



Terdetik seketika dahulu sebelum menyertai Photo recreation camp ini, dirasakan bahawa bidang Makro ni tak lah seberapa hebat, aku rasa bidang biasa sahaja, semua orang boleh buat, bergantung kepada lens, maksudnya tiada yang istimewa. Cuma magnifikasi sesuatu objek merupkan X-factor untuk sesuatu gambar.

Ya lah tak kenal maka tak cinta. Aku tekad untuk mengikuti camp ini untuk menambah pengalaman di samping untuk mengenal Rab-ku.

Hari pertama orientasi oleh sifu-sifu handal. Amat teruja. Tambahan dengan pengenalan tentang cabang makro-photografi ini. Demontrasi oleh para tok sifu ni memang hebat, komposisi yang cantik, warna dan makhluk di dalam gambar tersebut.

Diperlihatkan contoh foto yang diambil memang cukup cantik. Terdetik di dlm fikiran betapa halus dan 'delicate'nya ciptaan makhluk di dalam gambar tersebut. Allahuakbar.

Masa yang ditunggu telah pon tiba, setelah seharian briefing diberikan kini masa untuk mengambil gambar oleh kami sendiri. Kami diberi tugasan selama hampir satu jam untuk masing-masing mengambil gambar makro dengan sebaik yang mungkin.

Sepanjang masa itu, telah timbul rasa kagum, takjub dan kerdilnya akan diri ini. Jikalau dahulu, melihatkan serangga seperti semut, kerengga di atas dahan-dahan dan lantai rumah seperti tiada apa yang istimewa, tetapi kali ini amat berbeza. Hasil gambar yang diambil memperlihatkan betapa agungnya kekuasaan Allah, betapa Esa-nya



Rabku dengan menciptakan serangga-serangga yang sangat halus dan seni bentuk badannya, sesungutnya dan kakinya...lantas menyedarkan aku mereka adalah makhluk Allah yang istimewa seperti kita, malah tiada apa yang mereka ungkapkan melainkan zikrullah..Allahuakbar!



Melalui lensa juga disedarkan aku betapa indahnya ciptaan Allah, gambar seperti air embun pagi yang sangat kecil berada di atas bunga rumput, yang barangkali mungkin kita merasakan biasa tiada apa yang istimewa tetap indah diungkapkan di dalam gambar.



Terasa kerdilnya diri ini mengenang bagaimana Allah menciptakan semua ini dan mengekalkannya untuk dijadikan petunjuk kepada kita bahawa betapa Esanya Allah.

Siapa sangka serangga yang melompat-lompat barangkali di rumah kita, dikenali sebagai "Jumper" mempunyai 4 pasang mata yang berkilat? mempunyai struktur morfologi badan yang sangat halus dan berseni, di mana segenius-genius manusia pon belum tentu dapat mencipta seperti itu. Mungkin kalau ada di rumah kita sekali pun mungkin dah dipijak awal-awal lagi kerana tidak berfaedah, tetapi kita tidak sedar bahawa dia jugak makhluk seperti kita, bernyawa..Ya di dalam gambar diperlihatkan semua ini. Ma-sha Allah!



Barang kali inilah yang dimaksudkan oleh abg Rizal.."kita akan belajar menghargai alam di sekeliling kita..", dan yang penting aku pasti bidang makrografi ini memandu aku mengenal keagungan sang pencipta.

Ya inilah kepuasannya.

Semoga perkampunganku selama 2 hari di Kampung Bendang Man resort Sik, Kedah ini menambahkan ilmu dan iman di dada.



Semoga istiqamah akan diri ini dalam fotografi untuk mengenal Ilahi.

Selawat dan junjungan salam kepada Rasulullah.

Allahuakbar.

"Dan apakah mereka tidak memerhatikan bagaimana Allah memulai penciptaan, kemudian Dia mengulanginya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah" (Al-Ankabut, 19)


Song: "Merah Saga" by Shoutul Harokah.

*aizat tengah kumpul duit nak beli body baru. wink wink

Tuesday 15 February 2011

Sihat Emosi

"Erm, boleh saya tanya sikit mak cik?kalau nak ikutkan semua pemeriksaan untuk anak mak cik ni, saya tak fikir anak mak cik ni sakit..anak mak cik ni tinggal dengan siapa?" tanya Dr M

"Erm, dia sekarang tak tinggal dengan mak cik, mak cik dah sebulan hantar dia ke rumah anak yatim yang terdekat sebab mak cik tak mampu nak sara dia.." balas si mak cik

"owh, saya mintak maaf mak cik..mungkin maklumat ni boleh membantu saya..."

"Ya, mak cik pon perasan, semenjak dihantar ke pusat jagaan tu, anak mak cik ni seakan-akan tak bersetuju dengan keputusan mak cik, semenjak itulah dia diserang sesak nafas...sebulan barangkali.." jawab mak cik dengan ringkas..

Nah, hyperventilation. Ya barangkali psychosis. Emosi tak stabil menyebabkan keadaan anak membimbangkan ibunya yang menganggap anaknya diserang sesak nafas. Segala sejarah perubatan telah diambil secara terperinci, pemeriksaan fizikal dilakukan dengan teliti, segala ujian dilakukan, namun doktor M tidak dapat mencari punca serangan sesak nafas sepanjang sebulan itu..



Dari masuknya pesakit dari pintu bernombor 3 sehingga duduk dirasakan pesakit adalah normal, sama sahaja normal seperti remaja berusia sebaya dengannya..erm, rupa-rupanya tekanan emosi menyebabkan pesakit diserang sesak nafas..barangkali

Dikenang kembali kata-kata arwah ustaz Syed Salim, guru mengajar bahasa Arab, "Kesihatan badan bergantung kepada kesihatan jiwa"..eloknya emosi akan terhasil lah badan yang cergas dan sihat..



Sehabisnya pemeriksaan, ubat diberikan kepada adik tersebut. Sambil doktor M berkata.."Adik, jangan tension2 ye dik, kena ingat Allah, kena kesian kat mak..solat jangan tinggal..banyak doa kat Allah..in sya Allah tenang diri kita, dik..semua orang ada masalah..adik kena sabar banyak2.."

Akal dan hati banyak memainkan peranan di dalam isu kesihatan seseorang manusia. Sebagaimana kata para bijak pandai, anda adalah seperti apa yang anda fikirkan. Jika positif maka hasilnya adalah baik, jika sebaliknya maka natijahnya akan juga pada sebaliknya.

Cuba bayangkan, seorang pesakit lumpuh sebelah badan yang tidak tahu menahu akan dirinya mengidapi penyakit darah tinggi secara tiba-tiba ditarik nikmatnya, bertukar menjadi lumpuh....melalui hari-hari mendatang pastilah sukar, perit tapi tidak berputus asa, melawan penyakit dari dalaman, sehingga berupaya melangkah sedikit demi sedikit sehingga boleh berjalan seperti biasa..Nah, itulah kuasa pemikiran.

Tekanan?memang perit dan sakit



Tapi bila dikenang kembali, tekanan berupaya menjadi pemangkin potensi diri. Cuba bayangkan, daripada kesempitan sesuatu perkara, manusia akan berhempas pulas mencari jalan keluar yang mana manusia-manusia biasa tak pernah terfikirkan akan resolusi tersebut. Sekali gus menjadi penggerak untuk maju ke hadapan.

Bagaimana mengawal emosi? Nabi SAW pernah memberikan petunjuk. "Jika kamu marah dalam keadaan berdiri, duduklah. Jika kamu masih marah, padahal sudah dalam keadaan duduk, berbaringlah. Jika kamu masih marah, padahal sudah dalam keadaan berbaring, segera bangkit dan ambil air wudu untuk bersuci dan lakukan solat sunah dua rakaat."



Betapa bijaknya nasihat Rasul SAW di atas. Sebab, ketika manusia sedang marah, ia mengalami dua hal. Pertama, ketegangan saaraf, terutama saraf otak. Kedua, dirinya sedang bergelut dengan sebuah kekuatan hawa nafsu yang maha dahsyat.



Maka, ajaran Nabi SAW tentang perubahan gerakan fizikal dari berdiri kepada duduk dan dari duduk kepada berbaring bertujuan untuk melenturkan dan meredakan (relaksasi) ketegangan saraf otak dan saraf-saraf lainnya. Jika gerakan fizikal juga tidak mampu meredakan emosi, Nabi SAW berpesan agar segera berwudu dan mendirikan solat dua rakaat. Tujuannya, segera berlindung kepada kekuatan Allah untuk mengusir kekuatan syaitan yang terbungkus dalam bentuk sikap marah dan emosi. Wa Allahu A'lam.

Song: "Luahan Hati" by Kristal

Saturday 12 February 2011

Mountain-biking

Assalamualaikum.

Hari ini buat pertama kali dalam sejarah semenjak kerja di Emergency Department ni, aku bangun awal pagi dengan niat nak berbasikal dengan kawan-kawan. Alhamdulillah, terbangun jugak.

Niat nak menjaga kesihatan diri dan belajar serba sedikit tentang kehidupan. Perjalanan bermula di rumah aku, dengan dik boss, mat Raop dan abg Nizam. Ingat malam td, waktu lepak di kedai BoBo, abg Nizam ckp tak jauh nak kayuh, 4 km saja. Memang sedap dengar 4 kilo tu, tapi andaian meleset. Kejap lagi aku cerita kenapa.


..Sampai di check-point

2 buah kereta meluncur laju menyusuri kaki bukit sampai lah ke tempat yang dirancang iaitu Wang kelian. Sesudah parking kereta, siap sedia dengan peralatan kami semua pon mengayuh. Dengan harapan "ala, 4km bukan jauh mana pon.."

Kayuh punya kayuh, abg Nizam kata "Ok,boleh 'change' gear siap-tukar gear rendah.."..Mak aii tudia nak mendaki rupanya, terkena aku kali ni. Ingatkan kayuh biasa-biasa saja, erm agak menyesal tak makan nasi lemak yg mak aku 'prepare' pagi tadi. Bukannya apa biasalah dah lambat..ha ha ha..

Sraaapp, Sraaapp kayuh lah aku pun, pergh boleh tahan jugak condong bukit ni, depan aku pon dah 'ghaib' dah si Mat Raoh dengan abg Nizam. Biasalah pro-biker mereka tu, kalau nak bandingkan aku dengan dik boss ni. Aku beralih ke belakang tengok dik boss dah berhempas pulas mendaki, aku pon tak kurang hebatnya, pecah peluh jugak lah, habis gear ringan la aku pakai ni. Saat tu, ada satu semangat berkata "Come on Aizat, cekal dan tabahkan hati, bukit ni tak selamanya akan condong naik.."..Ya aku kayuh lagi..

Terdetik dalam fikiran aku, ya inilah dikatakan cabaran yang sebenar. Mengingatkan aku erti sebuah kehidupan. Secara analogi-ada basikal rm 4000 pon kalau setakat nak kayuh atas tanah landai memang tak akan ada cabaran dan tak akan membuahkan kepuasan..Ya hidup ini mesti ada cabaran, ujian dan tak akan selama-lamanya hidup senang, bahkan SENANG itu sendiri pon merupakan ujian. Bila ada ujian, kita dapat mengenali siapa diri kita..KEMAMPUAN KITA..



Bak kata-kata mak aku yang selalu melekat di otak ini "Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah.."

Sayup jauh di sana pendakian bukit aku berakhir, maka bersedialah untuk meluncur laju menuruni lereng bukit..Zaaapppppp meluncur deras, bagaikan suatu nikmat yang mana setelah hampir 30 min berhempas pulas mendaki, akhirnya inilah kepuasan yang ditunggu-tunggu..



Kami sampai di tapak Wang Kelian tepat pada pukul 10 pagi dan bersarapan pagi di sempadan Perlis-Thailand. makan apa lagi, makanan famous iaitu 'pulut ayam'.


Cara-cara memasak pulut ayam.

...Hidup umpama menaiki sebuah roller coaster, kita tidak akan merasakan debaran dan cabaran jika perjalanannya hanya lurus dan perlahan. Maka itu diadakan rel yang mencabar, ada turun dan naiknya, bahkan ada kalanya kita diterbalikkan dan roller coaster dipandu dengan kelajuan yang maksimum agar kita dapat merasai nikmat permainan tersebut.

Roller coaster mengganas

Secara konklusinya kehidupan ini tidaklah mudah seperti yang dirancang dan diharap. Mesti ada cabaran, isunya bagaimana kita akan 'handle' cabaran itu. Adakah kita akan terus mencabar atau jatuh terbungkam dan bercalar?...Ya, di saat itu akan tersingkaplah siapa diri kita ..ya itulah kita yang sebenarnya...

"Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tidaklah orang yang berputus asa daripada rahmat Allah, melainkan orang kafir." (Surah Yusuf 12:87)

Song: "Revolusi" by Bunkface


Ni lah Mat Raop dengan gaya ala-ala baby face nya

Sultan Muhammad Al-fateh

Assalamualaikum.

Bercakap tentang idola memang semua orang suka. Idola aku selepas Rasulullah SAW, jatuh kepada Sultan Muhammad Al-fateh, seorang penakluk kota Constantinopole. Terdengar namanya sahaja bagaikan tiada yang istimewa, kecuali bagi orang yang mengenali sejarah.

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad).


Sultan Muhammad Al-fateh

Menyoroti sejarah agung bagaimana si ayah, Sultan Murad begitu istiqamah dalam mendidik anaknya Muhammad Al-fatih semenjak dari dalam buaian sehinggakan me'wasiat'kan anak kesayangan sendiri kepada ulama terpilih Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra bagi mendidik dengan sentuhan ilmu agama dengan selengkap-lengkapnya.

Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 19 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

Bukanlah handal dalam menghurai sejarah, tetapi ada certain part bibik-bibik perjuangan Muhammad Al-Fateh yang tertarik utk dikongsi bersama.

Slot 1

Bagaimana pada usia yang sebegitu muda, seusia 19 tahun beliau begitu yakin mampu menggalas beban sebagai pemangku khalifah bagi menggantikan ayahandanya yang tidak sihat dan pada usia 23 tahun beliau berjaya menakluk Konstinopole. Bukan calang-calang orang.. seperti kata Napolean Benoparte "..kalaulah dunia ini sebuah negara, maka Konstantinople inilah yang layak menjadi ibu negaranya.."

Slot 2

Adegan yang menjadi favourite di mana tentera-tentera spy salib menyelinap masuk di dalam kubu Muhammad Al-fateh pada waktu malam, utk mengerakkan kegiatan sabotaj, tetapi terkejut melihatkan para tentera tidak tidur tapi sebaliknya tenang mengerjakan solat Tahajjud, membaca Al-Quran, berzikir dan lain-lain. Allahuakbar. Sebaik-baik tentera yang diungkapkan oleh Rasulullah.

Slot 3
Sultan Murad dan Ulama As-Syeikh Shamsuddin Al-Wali dengan sendiri menyamar menjadi pengemis dan orang kebanyakan hanya semata-mata mahu menyelidik bagaimana kehidupan rakyatnya, dan ternyata sesudah itu, hasil didikan, yang kaya daripada kikir menjadi dermawan, yang miskin daripada kufur lebih bersyukur. Nah, sebaik-baik rakyat..

Slot 4

Tanda-tanda Allah cintakan hambanya. Di saat Muhammad Al-fateh kebuntuan, berputus asa untuk menyeberangi Teluk Golden Horn yang mana didasarnya terdapat rantai-rantai besi menyukarkan proses penyeberangan kapal-kapal Al-fateh, pada malam hari, Allah mengilhamkan beliau dengan mimpi...


Rantai-rantai di dasar lautan teluk Golden Horn


baginda melihat kapal-kapalnya meluncur deras dari bukit terus ke istana konstantinopole. Ini adalah hikmah pertolongan Allah. Beliau berjaya berbuat sedemikian. Para sejarawan menyingkap "Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad Al-fateh menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnyadi puncak gunung dan bukannya di ombak lautan.."

Slot 5

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Slot 6

Di saat hendak mendirikan Solat Fardhu Jumaat kali pertama di masjid Aya Sofia pemilihan imam dilakukan secara penuh hikmah.


Masjid Biru @ Aya Sofia

Para tentera berdiri. Ditanyakan, sesiapa yang pernah tinggal solat 5 waktu, sila duduk...kesemua tentera dan jemaah masih berdiri (bermaksud tiada siapa yang pernah meninggalkan solat 5 waktu)...disoal lagi kepada sesiapa yang pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk, tinggal sebilangan tentera dan jemaah yang tinggal masih berdiri..soalan terakhir diajukan, sesiapa yang tak pernah meninggalkan solat tahajjud, sila duduk..maka tinggallah Sultan Al-fateh seorang yang masih berdiri...dan terus mengimamkan solat fardhu Jumaat pada hari itu. Allahuakbar.

Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.


"Sesungguhnya kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata" (Surah Al-fath, 1)


Kembali kepada dunia asal.

Pada umur sebaya Sultan Al-fateh, usia 19 tahun..di manakah kita? apa yang kita lakukan untuk iman? apa agenda terbesar yang pernah dilakukan untuk menegakkan islam?

Tepuk dada tanya iman.

"Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar." (103:1-3)


Salam perjuangan buat semua.

Sunday 6 February 2011

Hari ini..

Salam.

Tiada apa yang special sgt pasal hari ini, tapi aku rasa hari ni terbaik untuk memulakan sesuatu, ya lah mungkin sebab aku tgh cuti skarang, hari kelepasan.

Kelmarin sibuk jugak, lepas habis shif malam di A&E terus bersama sahabatku Dr. Asyraf layan nasi kandar di pasar besar Kangar, ya la the most famous and best in town. Sesudah tu, balik terus tidur la kan, sebab semalaman di kecemasan tak sempat nak tidur. nak kata sibuk tak lah jugak, tapi kes tak henti-henti. Sibuklah tu kan..

Tapi malam tadi eventful jugak shif aku, seorang pesakit di'intubate' sebab restless due to acute exacerbation chronic obstructive pulmonary disease. Dalam tanggapan aku mesti karbon dioksida pak cik ni tinggi punya lah, sebab itu jd mcm tu. Aku volunteer nak try chance intubate ni tp bagi laluan kat colleague aku, tak apa lain kali aku try.

Sepanjang malam tu ada lah beberapa pesakit aku admit. Bagi aku kerja di Jabatan Kecemasan ni sedikit sebanyak mengajar aku erti kehidupan. Di luar skop bidang kesihatan. Bagaimana seorang ibu membawa anaknya datang ke hospital merentas berpuluh-puluh kilometer, menunggang motor di tengah malam untuk berjumpa dengan doktor. Seorang ayah bawa anak kecilnya pada pukul 3-4 pagi, korbankan masa tidur semata-mata nak melihat anaknya sihat. Alhamdulillah, Allah mengizinkan aku melihat semua ini dan yang penting menjadikan aku salah seorang doktor yang mereka bakal bertemu :). Aku lakukan yang terbaik dan terdaya. Walaupun masih banyak yang perlu belajar tapi aku sedar it takes time..

HK selama 2 hari selepas itu. 1 hari niatnya nak habiskan masa di kenduri sahabat baik aku, En. Rozailme yang menamatkan zaman bujangnya. Dengan hasrat menunaikan harapan beliau untuk bertindak sebagai jurukamera di majlis kahwinnya nanti. Alhamdulillah semua berjalan lancar, wah tak sangka berpeluang dapat jadi wedding photographer. Hihi. 1 hari HK selebihnya pada hari ini, yang mana aku rasa banyak akan dihabiskan di rumah utk mentelaah buku-buku yg menggunung di rumah :)

Terjaga dari tidur macam biasa check email dan facebook aku. Nak update cerita pasal kawan-kawan. Tup2 seorang kawan aku lagi dah bertunang. Bukan dengan sapa pon, dengan kawan aku sorang lg jugak. Alhamdulillah. Semoga berbahagia dan selamat mendirikan rumah tangga. Usha di luar tingkap, termenung sambil hati cakap, syok jugak bertunang ni ye :D

Update drpd cerita mak, sahabat baik aku Ahmad Wafi yang sekarang menuntut di mesir kini dah berada di Jaddah utk diterbangkan ke Malaysia balik. Semoga selamat semuanya sahabat. kawan dari zaman budak2 lagi, sampai ke sekolah menengah, malah aliran kerjaya pon sama, dalam bidang perubatan, looking forward to work with u mate!

Akhir kata, entry kali ni tak lah se'ilmiah' seperti entry-entry sebelumnya, bukan maksud for the sake of blog atau apa, tapi nak share sikit lah babak-babak kehidupan aku dengan pembaca maya di sini. In Sya Allah pengisian ilmu akan menyusul nanti

*teringat kata-kata ustaz semasa kursus pra-perkahwinan hari tu (kursus saja okeh!)..semalam adalah sejarah, hari ini adalah anugerah, maka jadikanlah hari ini yang terbaik drpd semalam..hadith inspirasi dalam hidup aku utk terus bersemangat memulakan hari baru adalah mafhum hadis: kalau kiamat akan datang sebentar lagi, dan di tangan kamu ada sebutir benih pohon kurma, maka tanamlah ia, mudah-mudahan akan menjadi manfaat utk org lain..maksudnya jangan lah kita berputus asa hingga ke hembusan nafas yang terakhir :)

Ok semoga kita semua kekal di dalam Iman dan rahmat Allah

Song: "Sorry" by Buckcherry

Thursday 27 January 2011

10 cabaran pada 2011

Salam.

Seperti makhluk Allah yang lain yang tak sunyi drpd dosa dan kegagalan hidup, aku aizat sabri akan melakArkan keazaman dan cita- cita baru utk alaf 2011 ini.

1. Menjadi hamba Allah yang unggul dan taat, sebagai rasulullah teladannya dan sultan muhammad al-fateh idolanya beserta al-quran dan as-sunnah sumber aspirasi aku.

2. Menjadi anak soleh utk mendoakan kebahagiaan ibu dan ayahnya bahagia di dunia dan di akhirat. Meringankan beban keluarga selagi kudrat 4 tulang ini terdaya. Menjadi Kebanggaan mak dan ayah adalah semestinya.

3. Menjadi contoh dan teladan kepada masyarakat sekeliling. Tak kiralah bermula drpd jiran, orang-orang taman, kariah surau, pak cik kedai makan tempAt aku selalu lepak, kawan-kawan sekitar aku, rakan sekerja, pesakit,nurses danjuga PPK...

4. Mengoptimumkan penggunaan masa yg ada dgn membanyakkan proses pencernaan ilmu dan hafazan. Fardhu ain,al-quran dan medical.

5. Menjadikan blog ini medan dakwah aku dgn lebih aktif serta ringan mulut bertanyakan perihal kebajikan islam kpd pesakit aku.

6. Berkhidmat sukarelawan di luar kawasan bandar kalau boleh nak pergi ke Palestin mengikut MERCY

7. Menjadi ahli perubatan kepada Jemaah haji Malaysia.

8. Memulakan ' road to MRCS' atau menduduki peperiksaan utk seorang surgeon. Tempoh persediaan satu setengah tahun. By mid 2012 kena sit dah. ( menyahut nasihat bos aku-dr cheah sin dee yg baru dpt master programMe-congrats n u really deserve it bos!)

9. Mempersiapkan diri dgn ilmu utk mengakhiri zaman bujang (erm, i cant believe i can say this (-.-) )

10. Mengotakan semua janji di atas utk Allah dan ummah...