Monday, 22 December 2008

Kerja

Tepat pukol 10.55 mlm, aku menarik nafas panjang-panjang merehatkan diri ini. Bermula di tengah-tengah malam, diri ini berniat puasa sunat isnin. Bangun pukul 8.15 pagi sempat solat subuh, bersiap-siap nak ke kelas yang jauh mata memandang. Jaraknya tidak dikira. Tapi 1 jam 15 minit awal lah mesti geraknya. Dalam metro membaca Oxford Clinical handbook sambil-sambil berbual-bual dgn roomie aku, Mubin. Saling tukar cerita mengenai lens kamera. Kami memang gilakannya. Kalau ada duit, mmg semua lens kami nak kumpul. Turun metro. Cuba lompat pagar sebab aku xnak queue line. X lepas.Hampir malu aku dibuatnya. Seluar yang baggy sgt nieyh! Lompatan ke-2, lepas!.Aku tak payah queue utk naik eskletor yang amatlah panjang. Setibanya, amik masyhrut(Teksi van). Sampailah ke kelas. Hari ni lecture pasal acute intestinal infection in children. Aku kena duduk barisan depan. Sbb dah tak ada tempat. Betul-betul depan lecturer. Muka dah control. Salin semua dgn lengkap. Sambil mengangguk-ngangguk apa yg dickp oleh lecturer. Habis lecture, pergi tgk patient. Umur baby 8 bulan. Di'diagnose' gastroenterocolitis. Kesian. Tamat sudah dgn patient, balik semula ke kelas, lecturer ckp kelas sampai di sini sahaja! tepat2 pukul 12 tgh hari. Semua org happy. Sejam suku jugak perjalanan balik.

Setibanya di bilik sempurnakan solat zuhur. lepas tu fikir nak masak apa utk juadah berbuka puasa. Ah, buat ayam tandori pon sedap juga. Ayam di'marinate'. Sambil-sambil timing utk start masak, aku solat Asar dahulu. Lepak atas katil kejap. Adus, ayam utk jual shaurma (kebab) xpotong lagi!..terus bangkit utk potong ayam. Sambil itu, start masak. Ayam dibakar. Aku tambah satu lg lauk, masak sayur. Lama dah xmakan benda berkhasiat. Alhamdulillah murah rezeki. Cik Putri menyedeqahkan lauk ikan sweet sour kpd aku :D. Banyak la pulak lauknye :). Selesai berbuka puasa. janji dgn Paez nak ke gym pukul 5 ptg. Tiba-tiba mubin tegur "oit, xnak g elektif ke?"..Adusss elektif paediatric yg "disayangi" hampir dilupakan. Aisey, rosak program. Aku dah mula rasa letih. Berfikir-fikir dari tadi tak rehat-rehat lagi. Tukar seluar, baju dan bergerak ke elektif. Dalam lecture hall, aku buat kerja sendiri. Bukak buku kegemaran oxford clinical medicine. Tak sedar sambil terlelap. Habis pukul 6 ptg. Sampai di bilik, terus bersiap-siap utk ke gym. Sambil tu, nak kena siapkan satu pesanan shaurma. Sempurna semua, terus ke gym. pukul 730 mlm. Hari ini kena work-out muscle of the back. Tarik 'lat pulldown' , berat 40..Aku buat 4 set, dan satu set ada 30 kali. Sudah pukul 845 mlm. Terus siap-siap nak balik. Sampai di bilik minum protein dan telur separuh masak. Nak recover balik muscle-muscle yg mengalami microinjury. Selepas tu, kena tolong posto siapkan order shaurma lagi. Sehingga 10.30 mlm. Selesai semua, aku pun menjamah makanan leftover food ptg tadi sebagai dinner pada mlm ini.

Ingatan utk aku: Keletihan hari ni adalah amat sedikit berbanding waktu kerja nanti. Time jadi HO (House officer) yg memerlukan kekuatan yg lebih kuat drpd hari ini. Kerja sampai 36 Jam. Kalau nasib baik, besoknya dpt cuti. Tapi itu pun masih dlm observation. Semua ini bukan setakat itu sahaja. Malah, selama-lamanya selagi amanah itu dipegang. Memang akan sentiasa sibuk. Sampai di suatu ketika, aku akan berfikir..utk apa semua ini? kerja teruk, stress, adrenaline rush,tak ada masa utk diri sendiri.. Hidup utk kerja atau kerja utk hidup?

Bagi aku, aku memilih kedua-duanya. Aku hidup utk kerja. Kerja yang mana aku meng'infaq'kan kekuatan dan keletihan itu semua utk aku terus 'hidup' di akhirat yg kekal abadi. Kerana aku yakin akan janjiNya

Lillahirabbil'alamin

" Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah di jalan Allah, dan orang-orang yg memberi tempat kediaman dan memberi pertolongan (kepada org muhajirin), mereka itulah orang yg benar-benar beriman. Mereka memperoleh keampunan dan rezeki(nikmat) yg mulia. (Al-Anfal:75)

---------------

4 comments:

chi am said...

ade satu regulation kate kalu keje lebih 16 jam esoknye bulih cuti satu hari, tapi aku rase tak applicable untuk doctor kot.. selamat bekerja dengan ikhlas..

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

selamat berkerja dengan seikhlas hati dik

fathiyyah said...

Salam ziarah..sy dtg dari blog chi am..;)

bro student medic? tahun berapa ya?
jadi kenal la itu kak sarah shukor kan?

JatBee said...

fathiyyah: salam. oh. sy final year student medic. kak sarah tu mmg kenal sgt la, satu batch kat sini :D