Saturday 18 December 2010

A come back..

Salam

...Tepat pukul 2 pagi, wad medikal tingkat 4 HTF tenang, kakak2 nurses sibuk menyiapkan laporan, mempersiapkan ubat2 utk diberikan kpd pesakit sebentar lagi dan aku selaku HO atas panggilan duduk di kaunter tgh mengelamun...

Deringan telefon ward berbunyi "kringgg" "kringgg"..aku dh agak kalau time2 mcm ni mesti "new case" nak masuk. "doktor, ada new case nak masuk"..10 markah buat aku sebab meneka dgn tepat..

Selang 15 minit kemudian, stretcher bersama pesakit di atasnya dah sampai ke ward aku,ermm mcm budak muda je ni, dlm 20 lebih thn, erm boleh tahan la teruk sbb pakai high flow mask, pernafasan pon laju. Aku cepat2 'clerk' case tu. Erm agak terkesima bila dapat tau yg adik tu baru 20 thn dan dah menghidap End Stage Renal Failure yg mana dia memerlukan regular haemodialysis(cuci buah pinggang) yg agak kerap. Ya Allah adikku, tinggi sungguh darjatmu di sisi Allah, sampai sanggup Allah nak duga mcm tu sekali..

Setelah 'clerk', blood taking and menyiapkan management utk menstabilkan adik tu, aku 'calling' MO (medical officer) selaku bertindak sebagai bos pada malam tu. Straight kita kena dialysis adik ni, ujar bos. So alat2 disediakan utk memasukkan 'femoral Catheter'. Berjaya dan sedia utk di'dialysis..

Selang beberapa hari..

Adik ni dah agak stable, no fever and much more comfortable compared during he admitted. Blood culture pon dah balik and he was positive to have meilioidosis, antibiotic urgently started and he is responding well with the treatment..ok, thats good..

Adik terbabit dipindahkan ke ward yg lebih stable..

Erm,dengar cakap-cakap nurse yg senior, adik ni selalu defaulted treatment..aku pon tak tahu sangat sebab bukan regular pesakit buah pinggang yang selalu aku jumpa. So no wonder..agaknya mungkin adik ni ada masalah kot sebab defaulted..mungkin stress?siapa tau kan..tak mengapa as long as he stable right now and hopefully after this he wont defaulted again..

Adik terbabit berada di wad 10 dan pada masa yang sama aku incharge di wad tersebut. So, im the one who observe the progression of this patient every day. Alhamdulillah adik tadi semakin pulih. Setiap pagi aku yg akan mengambil darah utk investigation dan kadang-kadang aku berpesan dan mengingatkan dia dan diri aku utk bersabar banyak2 dan jgn tinggal solat. Dia hanya mengangguk.

Pada suatu pagi..

"Abg, saya nak mintak balik boleh tak?" tanya adiktu kpd aku. Of course xboleh. Sebab duration treatment xcukup lg. Aku ni pantang sikit kalau pesakit mintak balik sesuka hati dan pasti pesakit tu kena tarbiah panjang dgn aku. Tapi aku akan consider sebab asbab kenapa pesakit tu nak balik. kalau very convinced dan important, akan dipertimbangkan..Dr. Lee, selaku pakar di wad aku merangkap bos besar pon membenarkan adik tu balik dgn risiko sendiri sambil menyediakan plan2 seterusnya utk adik ni follow-up. Plan yg rapi disediakan dan dan adik ni akan ada appointment dgn kami dlm masa 3 hari lagi. Aku ada prepare satu MEMO khas utk mana-mana hospital utk adik ini sekiranya berlaku kes2 kecemasan bagi memudahkan pihak hospital terbabit alert dgn masalah adik tersebut.

Sebab adik ni nak balik kerana nak ziarah kakak dia yang baru lepas bersalin di Lumut, Perak...aku mcm terfikir, adakah adik ni akan defaulted follow up kali ni?..aku hanya mmapu berdoa kpd Allah agar adik ni xdefaulted dan akan terus diberikan semangat dan tak putus asa utk terus berubat....Aku pasti..

Selang 3 hari..

Aku oncall lagi hari ni, hari Ahad, haih weekend call is always like that, palpitation, its gonna be a longgg day, plus its medical. Yang xbest sebab aku terpaksa menggantikan colleague aku yg ada hal. Aku mmg jenis layan saja..

Eh, bukan adik hari tu kena follow up hari ni ke?terfikir aku..namun 24 jam sehingga keesokan harinya, xnampak batang hidung adik tersebut..ermph, defaulted ke?maybe dtg esok kot..ada hal la tu..

Genap seminggu

Petang yang panas, pukul 4 ptg, aku berada di Old Town White coffee alor Star, bersama rakan2 sekuliahku Asrul dan Azad. kami baru balik dari majlis kenduri sahabat kami, Glid. Sibuk kami berborak, lepak2 dan mengupdate pasal diri masing2. ya lah, bukan senang nak dpt peluang mcm ni semenjak bekerjaya sebagai seorng HO ni..

Ringtone SMS aku berbunyi.."Adik Noor Hairi patient awak yang discharged dari wad 10 passed away td jam 2.30 am" SMS dari Dr. Farhana (MO baik di wad aku)...............aku terpaku, hilang dari rancak perbualan dengan sahabat2 ku..

Ya Allah, ampunilah dosa adik Hairi ya Allah...

Semoga ditempatkan bersama para Solihin adik ku...

Al-Fatihah

*Adik Hairi dimasukkan ke wad semula pada pagi tersebut disebabkan masalah pernafasan, darah yang terlalu berasid disebabkan kegagalan buah pinggang...dia tidak dapat diselamatkan.....

Kepada di luar sana dan pembaca blog ini, sila patuh pada arahan doktor anda....