Tuesday 7 October 2008

Doaku buat mak dan ayah




Malam ni, sebelum aku tertidur, aku sempat melayan seperti biasa blog kegemaran aku, blog saifulislam.com yg dikarang oleh ust. Hasrizal. aku mmg suka baca blog beliau sbbnya nukilan-nukilannya membuatkan aku terfikir sesuatu yg baru dan selalu membuatkan aku memandang sesuatu dgn persepsi yg baru. Alhamdulillah. pada malam ni, aku seorang nk berkongsi ttg satu tulisan beliau tentang anugerah Allah kepada insan yg bergelar anak, yg tiada gantinya..iaitu IBU...mengenang kembali segala peristiwa, kenangan dan jasa mak kepadaku, ma sya Allah...tak ternilai dgn wang ringgit...namun..bukan lah aku di sini nak membincangkan betapa nilainya jasa seorang IBU, tp aku ingin memandang kepada masa depan seorang ibu, evolusi seorang ibu yg dahulunya berdua, bersama si suami, lepas tu bertiga dan seterusnya bertambah menjadi satu keluarga..dahulunya rumah riuh rendah, anak-anak berlari-lari, menangis, gelak ketawa, meja makan haru-biru jadinya, IBU jenuh menuang lauk kegemaran kpd setiap anak yang ada, di waktu petang melayan kerenah anak-anak dan banyak lg yg dilakukan demi anak-anak..namu hati dan wajah si IBU tetap sama..masih sayangkan anak-anaknya....

Namun..

Evolusi bermula...anak-anak makin membesar, belajar jauh-jauh ke luar negara, kenal dunia, telephone mak pon seminggu sekali..anak-anak mula berkahwin dan meninggal kan rumah...datang jenguk pon sebulan sekali..rumah IBU kini kian sunyi....IBU tgk tv seorang diri, dahulunya ada juga suara-suara yg berinteraksi dgnnya, kini sepi...yang didengari oleh si IBU hanyalah corong radio, suara si anak makin lenyap..anak-anak kian sibuk dihambat dgn kerja, duit dan keluarga...si IBU dan ayah tetap sunyi, sepi...usia si IBU kian di mamah senja...

Ya, peringatan buat aku...

Adakah ini balasan utk semua jasa-jasa mereka?

utk mak dan ayah: Mak, ayah.Ampunkan dosa b yang selama hampir 7 thn buat hidup mak ayah terasa sepi walau sedetik masa pon, ampunkan dosa b...

“Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

No comments: