Saturday 19 February 2011

Fotografi mengenal Ilahi

Assalamualaikum

"Bidang fotografi makro merupakan salah satu bidang fotografi yang unik dan anda akan belajar menghargai alam fauna di sekeliling anda.." begitulah lebih kurang ungkapan abang Rizal atau pun dikenali dengan nama pena RIZALIS (perintis kepada Malaysian Macro Team).



Terdetik seketika dahulu sebelum menyertai Photo recreation camp ini, dirasakan bahawa bidang Makro ni tak lah seberapa hebat, aku rasa bidang biasa sahaja, semua orang boleh buat, bergantung kepada lens, maksudnya tiada yang istimewa. Cuma magnifikasi sesuatu objek merupkan X-factor untuk sesuatu gambar.

Ya lah tak kenal maka tak cinta. Aku tekad untuk mengikuti camp ini untuk menambah pengalaman di samping untuk mengenal Rab-ku.

Hari pertama orientasi oleh sifu-sifu handal. Amat teruja. Tambahan dengan pengenalan tentang cabang makro-photografi ini. Demontrasi oleh para tok sifu ni memang hebat, komposisi yang cantik, warna dan makhluk di dalam gambar tersebut.

Diperlihatkan contoh foto yang diambil memang cukup cantik. Terdetik di dlm fikiran betapa halus dan 'delicate'nya ciptaan makhluk di dalam gambar tersebut. Allahuakbar.

Masa yang ditunggu telah pon tiba, setelah seharian briefing diberikan kini masa untuk mengambil gambar oleh kami sendiri. Kami diberi tugasan selama hampir satu jam untuk masing-masing mengambil gambar makro dengan sebaik yang mungkin.

Sepanjang masa itu, telah timbul rasa kagum, takjub dan kerdilnya akan diri ini. Jikalau dahulu, melihatkan serangga seperti semut, kerengga di atas dahan-dahan dan lantai rumah seperti tiada apa yang istimewa, tetapi kali ini amat berbeza. Hasil gambar yang diambil memperlihatkan betapa agungnya kekuasaan Allah, betapa Esa-nya



Rabku dengan menciptakan serangga-serangga yang sangat halus dan seni bentuk badannya, sesungutnya dan kakinya...lantas menyedarkan aku mereka adalah makhluk Allah yang istimewa seperti kita, malah tiada apa yang mereka ungkapkan melainkan zikrullah..Allahuakbar!



Melalui lensa juga disedarkan aku betapa indahnya ciptaan Allah, gambar seperti air embun pagi yang sangat kecil berada di atas bunga rumput, yang barangkali mungkin kita merasakan biasa tiada apa yang istimewa tetap indah diungkapkan di dalam gambar.



Terasa kerdilnya diri ini mengenang bagaimana Allah menciptakan semua ini dan mengekalkannya untuk dijadikan petunjuk kepada kita bahawa betapa Esanya Allah.

Siapa sangka serangga yang melompat-lompat barangkali di rumah kita, dikenali sebagai "Jumper" mempunyai 4 pasang mata yang berkilat? mempunyai struktur morfologi badan yang sangat halus dan berseni, di mana segenius-genius manusia pon belum tentu dapat mencipta seperti itu. Mungkin kalau ada di rumah kita sekali pun mungkin dah dipijak awal-awal lagi kerana tidak berfaedah, tetapi kita tidak sedar bahawa dia jugak makhluk seperti kita, bernyawa..Ya di dalam gambar diperlihatkan semua ini. Ma-sha Allah!



Barang kali inilah yang dimaksudkan oleh abg Rizal.."kita akan belajar menghargai alam di sekeliling kita..", dan yang penting aku pasti bidang makrografi ini memandu aku mengenal keagungan sang pencipta.

Ya inilah kepuasannya.

Semoga perkampunganku selama 2 hari di Kampung Bendang Man resort Sik, Kedah ini menambahkan ilmu dan iman di dada.



Semoga istiqamah akan diri ini dalam fotografi untuk mengenal Ilahi.

Selawat dan junjungan salam kepada Rasulullah.

Allahuakbar.

"Dan apakah mereka tidak memerhatikan bagaimana Allah memulai penciptaan, kemudian Dia mengulanginya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah" (Al-Ankabut, 19)


Song: "Merah Saga" by Shoutul Harokah.

*aizat tengah kumpul duit nak beli body baru. wink wink

2 comments:

Unknown said...

salam dr, ya Allah, n3 tajuk ni dah wat saya folo awk sebenarnya =)

keep blogging dr =)

JatBee said...

raudhah: wa'alaikumsalam raudhah, alhamdulillah sama2 menyampaikan walau satu ayat :) u too keep hard blogging too :)