Tuesday 15 February 2011

Sihat Emosi

"Erm, boleh saya tanya sikit mak cik?kalau nak ikutkan semua pemeriksaan untuk anak mak cik ni, saya tak fikir anak mak cik ni sakit..anak mak cik ni tinggal dengan siapa?" tanya Dr M

"Erm, dia sekarang tak tinggal dengan mak cik, mak cik dah sebulan hantar dia ke rumah anak yatim yang terdekat sebab mak cik tak mampu nak sara dia.." balas si mak cik

"owh, saya mintak maaf mak cik..mungkin maklumat ni boleh membantu saya..."

"Ya, mak cik pon perasan, semenjak dihantar ke pusat jagaan tu, anak mak cik ni seakan-akan tak bersetuju dengan keputusan mak cik, semenjak itulah dia diserang sesak nafas...sebulan barangkali.." jawab mak cik dengan ringkas..

Nah, hyperventilation. Ya barangkali psychosis. Emosi tak stabil menyebabkan keadaan anak membimbangkan ibunya yang menganggap anaknya diserang sesak nafas. Segala sejarah perubatan telah diambil secara terperinci, pemeriksaan fizikal dilakukan dengan teliti, segala ujian dilakukan, namun doktor M tidak dapat mencari punca serangan sesak nafas sepanjang sebulan itu..



Dari masuknya pesakit dari pintu bernombor 3 sehingga duduk dirasakan pesakit adalah normal, sama sahaja normal seperti remaja berusia sebaya dengannya..erm, rupa-rupanya tekanan emosi menyebabkan pesakit diserang sesak nafas..barangkali

Dikenang kembali kata-kata arwah ustaz Syed Salim, guru mengajar bahasa Arab, "Kesihatan badan bergantung kepada kesihatan jiwa"..eloknya emosi akan terhasil lah badan yang cergas dan sihat..



Sehabisnya pemeriksaan, ubat diberikan kepada adik tersebut. Sambil doktor M berkata.."Adik, jangan tension2 ye dik, kena ingat Allah, kena kesian kat mak..solat jangan tinggal..banyak doa kat Allah..in sya Allah tenang diri kita, dik..semua orang ada masalah..adik kena sabar banyak2.."

Akal dan hati banyak memainkan peranan di dalam isu kesihatan seseorang manusia. Sebagaimana kata para bijak pandai, anda adalah seperti apa yang anda fikirkan. Jika positif maka hasilnya adalah baik, jika sebaliknya maka natijahnya akan juga pada sebaliknya.

Cuba bayangkan, seorang pesakit lumpuh sebelah badan yang tidak tahu menahu akan dirinya mengidapi penyakit darah tinggi secara tiba-tiba ditarik nikmatnya, bertukar menjadi lumpuh....melalui hari-hari mendatang pastilah sukar, perit tapi tidak berputus asa, melawan penyakit dari dalaman, sehingga berupaya melangkah sedikit demi sedikit sehingga boleh berjalan seperti biasa..Nah, itulah kuasa pemikiran.

Tekanan?memang perit dan sakit



Tapi bila dikenang kembali, tekanan berupaya menjadi pemangkin potensi diri. Cuba bayangkan, daripada kesempitan sesuatu perkara, manusia akan berhempas pulas mencari jalan keluar yang mana manusia-manusia biasa tak pernah terfikirkan akan resolusi tersebut. Sekali gus menjadi penggerak untuk maju ke hadapan.

Bagaimana mengawal emosi? Nabi SAW pernah memberikan petunjuk. "Jika kamu marah dalam keadaan berdiri, duduklah. Jika kamu masih marah, padahal sudah dalam keadaan duduk, berbaringlah. Jika kamu masih marah, padahal sudah dalam keadaan berbaring, segera bangkit dan ambil air wudu untuk bersuci dan lakukan solat sunah dua rakaat."



Betapa bijaknya nasihat Rasul SAW di atas. Sebab, ketika manusia sedang marah, ia mengalami dua hal. Pertama, ketegangan saaraf, terutama saraf otak. Kedua, dirinya sedang bergelut dengan sebuah kekuatan hawa nafsu yang maha dahsyat.



Maka, ajaran Nabi SAW tentang perubahan gerakan fizikal dari berdiri kepada duduk dan dari duduk kepada berbaring bertujuan untuk melenturkan dan meredakan (relaksasi) ketegangan saraf otak dan saraf-saraf lainnya. Jika gerakan fizikal juga tidak mampu meredakan emosi, Nabi SAW berpesan agar segera berwudu dan mendirikan solat dua rakaat. Tujuannya, segera berlindung kepada kekuatan Allah untuk mengusir kekuatan syaitan yang terbungkus dalam bentuk sikap marah dan emosi. Wa Allahu A'lam.

Song: "Luahan Hati" by Kristal

No comments: