Saturday 12 February 2011

Sultan Muhammad Al-fateh

Assalamualaikum.

Bercakap tentang idola memang semua orang suka. Idola aku selepas Rasulullah SAW, jatuh kepada Sultan Muhammad Al-fateh, seorang penakluk kota Constantinopole. Terdengar namanya sahaja bagaikan tiada yang istimewa, kecuali bagi orang yang mengenali sejarah.

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad).


Sultan Muhammad Al-fateh

Menyoroti sejarah agung bagaimana si ayah, Sultan Murad begitu istiqamah dalam mendidik anaknya Muhammad Al-fatih semenjak dari dalam buaian sehinggakan me'wasiat'kan anak kesayangan sendiri kepada ulama terpilih Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra bagi mendidik dengan sentuhan ilmu agama dengan selengkap-lengkapnya.

Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 19 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

Bukanlah handal dalam menghurai sejarah, tetapi ada certain part bibik-bibik perjuangan Muhammad Al-Fateh yang tertarik utk dikongsi bersama.

Slot 1

Bagaimana pada usia yang sebegitu muda, seusia 19 tahun beliau begitu yakin mampu menggalas beban sebagai pemangku khalifah bagi menggantikan ayahandanya yang tidak sihat dan pada usia 23 tahun beliau berjaya menakluk Konstinopole. Bukan calang-calang orang.. seperti kata Napolean Benoparte "..kalaulah dunia ini sebuah negara, maka Konstantinople inilah yang layak menjadi ibu negaranya.."

Slot 2

Adegan yang menjadi favourite di mana tentera-tentera spy salib menyelinap masuk di dalam kubu Muhammad Al-fateh pada waktu malam, utk mengerakkan kegiatan sabotaj, tetapi terkejut melihatkan para tentera tidak tidur tapi sebaliknya tenang mengerjakan solat Tahajjud, membaca Al-Quran, berzikir dan lain-lain. Allahuakbar. Sebaik-baik tentera yang diungkapkan oleh Rasulullah.

Slot 3
Sultan Murad dan Ulama As-Syeikh Shamsuddin Al-Wali dengan sendiri menyamar menjadi pengemis dan orang kebanyakan hanya semata-mata mahu menyelidik bagaimana kehidupan rakyatnya, dan ternyata sesudah itu, hasil didikan, yang kaya daripada kikir menjadi dermawan, yang miskin daripada kufur lebih bersyukur. Nah, sebaik-baik rakyat..

Slot 4

Tanda-tanda Allah cintakan hambanya. Di saat Muhammad Al-fateh kebuntuan, berputus asa untuk menyeberangi Teluk Golden Horn yang mana didasarnya terdapat rantai-rantai besi menyukarkan proses penyeberangan kapal-kapal Al-fateh, pada malam hari, Allah mengilhamkan beliau dengan mimpi...


Rantai-rantai di dasar lautan teluk Golden Horn


baginda melihat kapal-kapalnya meluncur deras dari bukit terus ke istana konstantinopole. Ini adalah hikmah pertolongan Allah. Beliau berjaya berbuat sedemikian. Para sejarawan menyingkap "Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad Al-fateh menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnyadi puncak gunung dan bukannya di ombak lautan.."

Slot 5

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Slot 6

Di saat hendak mendirikan Solat Fardhu Jumaat kali pertama di masjid Aya Sofia pemilihan imam dilakukan secara penuh hikmah.


Masjid Biru @ Aya Sofia

Para tentera berdiri. Ditanyakan, sesiapa yang pernah tinggal solat 5 waktu, sila duduk...kesemua tentera dan jemaah masih berdiri (bermaksud tiada siapa yang pernah meninggalkan solat 5 waktu)...disoal lagi kepada sesiapa yang pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk, tinggal sebilangan tentera dan jemaah yang tinggal masih berdiri..soalan terakhir diajukan, sesiapa yang tak pernah meninggalkan solat tahajjud, sila duduk..maka tinggallah Sultan Al-fateh seorang yang masih berdiri...dan terus mengimamkan solat fardhu Jumaat pada hari itu. Allahuakbar.

Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.


"Sesungguhnya kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata" (Surah Al-fath, 1)


Kembali kepada dunia asal.

Pada umur sebaya Sultan Al-fateh, usia 19 tahun..di manakah kita? apa yang kita lakukan untuk iman? apa agenda terbesar yang pernah dilakukan untuk menegakkan islam?

Tepuk dada tanya iman.

"Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar." (103:1-3)


Salam perjuangan buat semua.

No comments: