Tuesday 11 November 2008

Zaman dolu-dolu

Salam kepada semua.

Haih, cuba nak lelap..tapi susah, dok golek-golek atas katil rupa-rupanya ni lah effect tidur tak hengat petang tadi .. sbb ptg td balik dari gym aku terus knock out..mungkin faktor cuaca jugak lah kot, winter malam pon awal, terasa nak tidur tu pon melampau-lampau..jaga-jaga pukol 9 mlm dah..wow!

Hurm, terkenang balik zaman aku time SMKA dulu. Dulu mcm biasalah SMKA mmg semua student pakai songkok, so mcm advantage la kan utk student2 mcm aku ni nak simpan rambut. Rambut ni kalau dah sampai hidung tu dah cukup kencang dah dan boleh bangga-bangga dah dgn memba2(kwn2)..so aku ni, salah sorang lah drpd golongan2 tersebut..tp rambut aku xlah sampai hidung..tp dah sampai dagu aku dah..wahahaha, panjang la jugak..lepas tu style rambut yg digemari time sekolah dulu of course la rambut 'seluk'..ni pengaruh XPDC dulu..baru rock beb!

Ok, alkisahnya, kegiatan kami ni tak dpt dibau malah dikesan oleh cikgu-cikgu, tp cam na ntah hari tu ada final exam form 3..lepas tu, cikgu yg jaga exam tu merupakan cikgu yg agak "black listed" di kalangan kami..nama dia kami panggil cikgu Rosli ..tp ada budak mana ntah tambah 'papan' di hujungnya..sbb nya dia incharge makmal KH kat skolah aku..garang dia mmg garang sungguh sampai aku pon pernah kena penampaq la dgn dia..

So, dia masuk dewan exam, semua budak dah cuak..drpd nak buat exam terus tak dpt nak concentrate..tapi aku chill buat tak tau sambil membetul2kan songkok aku dlm kedudukan yang baik utk cover rambut aku..huhu..ok, exam tetap exam..habis masa hantar kertas jawapan aku sambil risau rambut aku lagi drpd kertas exam aku..huhu

Kertas jawapan semua dia dah kutip, lpas tu dia bangun nak keluar, muka budak-budak ni semua dah happy..tapi aku perasan dia bangun sambil x bawak sekali kertas jawapan tadi..pelik2..dia nak p toilet kot..xpa2..

Sekembalinya cikgu yang disayangi tadi, tgk2 bersamanya gunting..pergh!! bebudak ni termasuk aku dah pecah peluh..dah terbayang dah masa depan rambut yg disimpan berbulan-bulan lamanya .. Dewan semua dah dikepung, dikunci pintu depan dan belakang..mana nak lari beb..Lepas tu dia ckp "hari ni ada spot check rambut! semua kluaq berbaris.."..aku pon bangun, bismillahi tawakkal tu'alallah..

Sraaaappp, rambut aku ditebas..aku tgk muka cikgu tu mcm syok jaa gunting rambut aku, xpa2 sejahat-jahat aku, ada hormat dgn cikgu..aku senyum redha, nasib baik rambut aku kira orait la..nak alter senang..tp kesian kat member aku sorang ni, nama dia Apit..pergh, cikgu tu potong rambut dia kaw-kaw la mcm abu bakar elah pon ada jugak..wakaka..So hari tu, mmg semua dpt gunting rambut free..rasa menyesal mai sekolah hari tu pon ada jugak..baik lepak kat kedai Mak Mah mcm hari-hari biasa..huhu..

Moral value: sila gunting rambut anda before amik exam :)

5 comments:

Sarah Mohd Shukor said...

hahaha. patut la minat bebenor dgn rock kapak semua ni. mmg sejak azali awk mmg camtu ye. hey, cuba bayangkan rambut awk ditebas ala2 abu bakar elah jgk. wahaaha XD

laki cikgu kimia said...

macam same je situasi tersebut.. cuma saya ini mengakikahkan rambut saya selepas kantoi. kawan2 dengan kreatifnya mencukur kepala saya bahagian atas sahaja (sebijik macam chegu disiplin tu!) tak gila pulak ktorang gelak lepas tuh hahaha

JatBee said...

sarah: a'a, mmg sejak azali lagi rock kapak..ni rock kapak sejati ni, lpas tu dh beransur-ansur ke arah metal plak..hoho, jgn bayangkan benda-benda pelik ..haha

criticalthinker: tu maut tu, lg best kalau buat mcm punk sket2, buat 3-stripes ka kat kepala..cool2 :D

laki cikgu kimia said...

aisey jatbee.. 3 stripes tu cam dah buat je.. tapi kat tepi la.. cuba refer gambar saye dengan along saye tu.. uhuhuk

JatBee said...

criticalthinker: hahaha, nnt saye tgk ye..hoho, nk try aa lpas ni..ngeh3