Wednesday 19 November 2008

Aku dan dia part 2

Ya, selesai sudah program Leisure Night yg dianjurkan oleh Tourism Malaysia di Moscow. Dalam pada itu, aku bercita-cita jugak la konon-konon boleyh jadi photographer part time utk Tourism kan, tp xkesampaian cita-cita aku. Mana xnya, xkan lah Kit lens dan prime lens ni ada hati nak jd photographer part time, sah-sah la Tourism boleh hire photographer lg hebat drpd aku kan..so,xpa, aku pendam cita-cita tu :D

So, setelah dlm beberapa bulan selepas program tu, aku 'dilamar' sekali lagi, tp kali ni utk jadi official photographer utk Gala Night yg dianjurkan oleh SMSA (Sechenov Moscow Student Association). Tanpa dikenakan sebarang bayaran masuk dan sekadar mengambil gambar para hadirin, lalu aku pon bersetuju. Aku kali ni xkeseorangan, aku ajak mubin dan posto join sekali. Posto ditugaskan utk kerja-kerja 'edit-mengedit'. Hasil drpd majlis ni boleh tahan jugak la. Tp utk hasilkan photo2 yg menarik, touch-up2 sket mmg agak perit la, plus 'deadline' yg agak singkat..tp layan saja..experiences yg penting :D..Hasilnya memuaskan..Alhamdulillah

dia yg aku maksudkan ini jugak sempat aku bawak sampai ke Murmansk, Russia. Murmansk ni suatu wilayah yang paling utara sekali di Russia. Org ckp, kalau 'cross' laut ke atas lagi sampailah kita ke USA dan Canada.huhu..punyalah hujungkan...

Murmansk, Russia


Suhu di sana sgtlah sejuk, malam pon boleh sampai 24 jam...aku bukan saja-saja utk ke sana, tp untuk melihat dan mentafsir ciptaan Allah sekali gus membawa 'dia' bersama aku utk merakam sesuatu..sesuatu yg cantik dan indah yg dinamakan Aurora Borealis atau dalam bahasa Inggerisnya dinamakan 'Northern Light'. Berkelana selama 36 jam di atas kereta api seramai 18 org dan bagaikan memperjudikan masa yg terbuang semata-mata utk melihat ciptaan Allah.



Xtvt dlm keretapi.


18 org kesemuanya. Rombongan besar!



Sikit aku xterasa rugi... Sedikit mengenai Aurora. Aurora ni ialah cahaya yg terdiri drpd cahaya merah, hijau, oren dan lain-lain lagi. Ia terhasil akibat pemindahan tenaga cahaya solar yg diserap oleh gas-gas di permukaan bumi kepada tenaga cahaya..bergantung kepada jenis ketumpatan gas di kawasan tersebut. Jikalau di situ oksigen tinggi ketumpatannya, maka warna merah akan terhasil. Jika nitrogen, maka akan bertukar warna hijau..So, di sini mmg mencabar kewibawaan aku utk bertindak secara cepat utk 'shoot' gambar aurora ni. Baik dari segi settingnya, kedudukan tripod dan suhu di kawasan tu. Aku di situ selama 4 hari. Bukan aku sahaja yg bersemangat nak 'shoot' Aurora, malah sifu aku (Idham) pon turut join. Hari pertama, seluruh kawasan dijelajah tambahan pulak pada waktu malam..sejuk pulak tu, namun xnampak tanda-tanda yang aurora akan muncul. Hari ke-2 dan ke-3 turut ditunggu, namun xtimbul2 Aurora tu..Hampa jugaklah, tambahan pulak, local people kat situ baru ckp yg Aurora ni baru terlihat sehari sebelum kami sampai, dan kalau nak nampak semula mmg ambil masa..pergh, pasrah..namun hati tetap tabah :D

Hari terakhir di Murmansk, kami turun awal dari apartment sewa, dan hanya lepak di tebing bukit berhampiran apartment sambil mengharapkan aurora muncul..langit semakin bertukar gelap..bintang-bintang semakin terlihat, malam semakin sejuk..tiba-tiba cahaya hijau di ufuk kanan kami samar-samar kelihatan..cahaya makin terang..makin menampakkan wajahnya yang sebenar. Subhanallah. Aku sujud syukur. Cahayanya sungguh indah. Seolah-olah berinteraksi dgn kami. Semua org gembira. Aku xtunggu, terus ku ambil 'dia' yg ku bwk selalu utk merakam ciptaan Allah yg satu...

Quadriple band


Wing shaped


Whirlwind shaped


Tornado-formed


Aurora at the back and us :)





Bersambung...

3 comments:

laki cikgu kimia said...

waa.. cantek gambar.. bestnya jalan2!

Sarah Mohd Shukor said...

ruginya terlepas yg thn lepas. hmm. insya Allah winter ni sy plak nk trip ke sana. enjoy ur D80!

Nurul Nadiah said...

heh.

saya tak boleh ingat kisah aurora ini. ntah hape2 soklan saya time nak tau apa itu aurora =p