Sunday 16 December 2007

Hikmah yg tersembunyi

Assalamualaikum.

Hari nih, aku free sbb hari ahad. Terdetik utk aku menyampaikan atau berkongsi sesuatu. Tapi hari nih aku nak bercerita tentang mukjizat Al-Quran.

Pada suatu hari, seorang anak kecil bertanyakan kpd si bapa "ayah, kenapa aku kena baca Al-Quran.. padahal, aku xmampu mengingatnya apatah lagi nak menghafalnya...namun, aku disuruh membacanya walaupun satu ayat?" bertanya si anak..

Si bapa dgn lemah lembut menjawab dgn penuh hikmah dan kasih sayang "anakku, kau ambil satu bekas yg kotor dan terdapat lubang-lubang kecil di dalamnya..dan cuba isikan air yg bersih ke dalamnya..dan bawakan bekas itu kepadaku.."

Tanpa membantah mcm anak-anak sekarang, si anak itu patuh kpd suruhan ayahanda yg tercinta. Dicubanya berulang kali membawa kpd si ayah bekas yg berisi air ..namun, gagal dan isinya tetap kosong kerana mengalirnya air di celahan-celahan lubang kecil itu

Si ayah berkata "Cukup anakku, tidakkah kau nampak ke mana perginya kotoran itu?..bekas itu sudah menjadi bersih bukan?begitulah analoginya antara Al-Quran dan hati manusia. Al-Quran bagaikan air bersih tadi yg berjaya membersihkan hati-hati manusia yg sedia membacanya walaupun hasilnya bukanlah dari segi hafalan dan ayat-ayat yg diingati oleh mereka (air terisi)..itulah dia mukjizat Al-Quran

Apa yg aku nak sampaikan, membaca Al-Quran adalah suatu proses pembaharuan jiwa dan iman seseorang muslim walaupun pada hakikat mata fizikal kita tidak nampak. Mmg bagus jika dapat dihafal dan mempraktikkan apa yg dibaca..namun, bg insan biasa misalan mcm aku ini, sudah tentu hafalan utk keseluruhan ayat amatlah berat tetapi Allah itu Maha Adil, disembunyikan mukjizat Al-Quran tersebut supaya kita tidak berputus asa dan terus memperbaiki iman kita melalui proses "pembersihan dan pembaharuan" ini

Jazakallah

1 comment:

maddie said...

seriously.
i had come across this story before and there was this one time last yr ks sed it was my turn to present something for usrah and i wanted to pass the anecdote on. searched EVERYWHERE online, but penat google x jumpe (maybe coz i was searching for the english version kottt. habis keluar keyword 'pail', 'bucket with holes'lah, semua pun LOL)

thank you for sharing!