Thursday, 6 December 2007

cara si pemuda yg baik

Assalamualaikum. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. Nih entry ke-2 aku utk blog ni. Tadi aku terjumpa seorang sahabat aku dan ada la beberapa isu yg kami sembang. Drpd isu yg merapu sampai la sesuatu yg melibatkan kemasalahatan ummah. Lepas tu kami bincang la satu isu. Mcm nih lebih kurang - "Boleh tak kalau sorang tu kan, dia nak tolong mak bapak dia yg miskin, tp sumber duit tu drpd bisnes dia jual dadah tak pon mencuri?"

lepas tu, perbincangan bermula. Di sini, aku nak cakap, matlamat si pemuda nih memang mulia, nak bantu mak bapak dia, kalau x masakan Rasulullah SAW ulang 3 kali kepada sahabat yg bertanyakan priority tanggungjawab fi sabilillah atau menjaga ibunya?(mafhum hadis, boleh la rujuk hadis trsebut utk penjelasan lanjut). Mmg x dinafikan, mmg mulia matlamat dan niat pemuda tersebut. Tetapi di sini timbul pula CARA pemuda tersebut mendapatkan wang. Obviously HARAM caranya. Lalu bagaimana?niatnya baik kan?xkisah la cara apa yg dia guna janji mak bapak dia hidup dgn selesa.

Di sini timbul satu kaedah Fiqh " Matlamat Tidak menghalalkan Cara ". Aku nak kongsi kat sini, walaupun niatnya baik, mulia kerana nak tolong mak bapak dia tetapi cara yg digunakan amat dan terlalulah salah sampai jatuh hukum Haram dan berdosa. Serta merta matlamatnya (niat) itu yg nak tolong mak bapak dia pon tetap tak boleh dilakukan.

Apa yg aku nak highlight kat sini, sememangnya kronologi dan jalan cerita si pemuda di atas amat senang utk kita faham. Tetapi bila aku tinjau kehidupan aku di sekeliling masyarakat yg kini aku berada, masih tetap ada situasi tersebut walaupun keadaan dan latar belakang yg berbeza. Mmg orang akan cakap, " tak apa, objective dan matlamatnya baik..layan saja..". Tetapi pernahkah sedetik kita persoalkan "Bagaimanakah caranya?", "Halal atau tidak?"

Aku bukannya apa. Tak lah sempurna sangat. Dosa tetap dilakukan. Tapi rasanya tak salah aku nak berkongsi. Janganlah sampai bertaqlid mengikut niat yg murni itu sampai membelakangkan caranya. Banyak CARA yg halal di sisi agama yg boleh merealisasikan NIAT yg murni itu, seterusnya menjadikan salah satu saham kita di akhirat kelak. Yang kurang itu drpd aku, yang baik dtgnya drpd Allah.

3 comments:

rapek said...

mencari sedikit tazkirah sblum terlena...
akhirnya ditakdirkan ke sini...

trimas minni..~

[wei... kasik allow la anonymous comment... pyh nk sign in]

afiqawe7 said...

salam bro.

nice one~
moga terus istiqamah menulis...
menulislah walau satu ayat...

moga setiap drpdnya dapat membuka serta melorongkan nur hidayah Allah sampai kpd hati hamba-hambaNya.

sungguh, hanya Allah yg dapat memberikan hidayah kepada sesiapa yg dikehndakiNya...

Mohd Hazreen Rashid said...

tu dia aih ijat. Hang ni serba serbi buleh. Tangkap gambaq power, tulis blog ala2 dakwah islamiyyah pun bleh tahan gak. Bravo la bro. Tulis2 banyak2 lagi. Smoga jadi peringatan buat semua.

(wehh, apa kejadah word verification kat bawah nie?, malah aku nak taip banyak2)