Thursday 5 March 2009

Kembara 1

Genap sebulan tak meng'update' blog. Maaf dipinta kepada rakan-rakan di luar sana. Mungkin masih tercari-cari masa dan kelapangan yang sesuai. Tetap, akan dikongsi. Jangan khuatir.

Berkelana ke pulau England selama 2 minggu amat bermakna sekali. Perjalanan kali ini lain drpd yg lain berbanding dgn sebelum-sebelumnya. Kalau dulu, dimulakan dgn pengembaraan ke Mesir. Menjejaki ke maqam nabi Danial, ke kubu kuat Salahuddin Al-Ayubi, ke maqam Luqman al-Hakim, x lupa juga ke maqam firaun atau dikenali dgn lebih tepat lg sebagai piramid, menjenguk pula rupa sebenar firaun laknatullah yg menentang nabi Allah Musa Alaihisalam di Muzium kaherah dan lain-lain lg. Selepas itu, winter seterusnya mula meneroka ke zaman Renaissance. Aku singgah di Rome, Milan, Berlin, Paris, Amsterdam. Banyak aku belajar drpd semua ini. Di antaranya kehancuran umat zaman dahulu yg Allah hinakan sehingga digantikan dgn umat yg lebih baik. Itulah antara yg aku belajar.

Hajat di hati hendak ke Morocco, tapi tak kesampaian. Jalan mula beralih arah ke Sepanyol, German dan Portugal. Siapa yang x tahu pasal Al-Hambra. Salah satu Muslim Fortress yg termasyur zaman dahulu. Yg dimiliki oleh Muslim itu sendiri. Yang mana ukiran di segenap penjuru binaan terukir dgn kalimah "Allah maha besar, Tiada kekuatan yg agung melainkan Allah", diukir dlm bahasa Arab! Nah! memang patut dikenali sebagai Spanish 7 wonders! Kita bukan 'wonder' mengenai hebatnya ukiran-ukiran tersebut. Semua mampu buat. Tetapi kita 'wonder' tentang pemimpin Islam zaman dulu. Yang masih merasakan kerdil. Yang masih mengharapkan kekuatan Allah, walaupun mampu mengemudi bala tentera yang besar dan hebat.

Perjalanan kali ini, ke pulau inggeris amat unik. Jika dulu, perjalan amat terbatas. Terpaksa bergantung dgn bas, kereta api malah berjalan kaki. Tetapi kali ini, kami dipermudahkan segala-galanya. Sepanjang perjalanan kami menyewa kereta. Aku, Glid dan Paez bergilir-gilir drive. Mujur ada GPS. Syukur sgt2. Jika dulu, di Spain, aku terpaksa memandu tanpa GPS, sekadar manual menggunakan peta. Sesat tu jgn ckp lah. Nak sampai ke destinasi dgn tepat tu jgn harap lah, ditambah lagi dgn keadaan jalan yg agak 'pelik' dan kecil, mungkin lajak dlm 30 minit atau pun 1 jam. Tapi, dgn bantuan GPS mmg mudah dan jimat masa.

Apa yang menarik, memandu di sekitar England, Ireland dan Scotland,ini ialah keunikan dan kecantikan kawasan 'countryside'nya yg seolah-olah xpernah diusik. Ya mmg amat cantik. Bermula dgn perjalanan menuju ke Edinburgh. Kami tiba pada waktu malam. Aku amat tertarik dgn binaan rumah-rumah di Edin. Rekaannya seperti rumah lama. Gothic. Klasik. Amat cantik. Seolah-olah sedang berada pada zaman lampau. Tak banyak masa dihabiskan di sekitar Edin. Sempat juga singgah di Carlton hill, di mana merupakan tempat pentadbiran kerajaan Scotland.

Carlton Hill




Perjalanan diteruskan ke Lochness. Permandangan ketika dlm perjalanan amat memukau pandangan. Terasa aura segar apabila melihatkan bukit-bukit dan rumput yg menghijau. Ditambah pula dgn gabungan warna2 putih drpd salji di puncak gunung. Subhanallah!

On the way menuju ke Loch ness





Kira-kira 2 jam perjalanan, tiba kami di tasik Loch ness. Tasik yg sememangnya terkenal dgn legenda cerita raksasa Loch ness yg dikenali sebagai Nessie.

Loch ness


Airnya tenang, dan permandangan saujana mata memandang. Bagaikan tidak disentuh. Aku mula mem'bajet' yang Nissie bakal muncul, mungkin utk menjenguk atau sekadar memberi ucap selamat dtg kpd kami. Hehe. Khayalan2.

Nissie!!(gambar rekaan)




Ahli-ahli rombongan




Dah snap beberapa gambar, perjalanan diteruskan lagi. Jalan yg kami lalui mmg sempit. Mungkin jln yang xselalu org guna dan di kawasan kampung barangkali. Sambil-sambil melihatkan panorama alam yang sememangnya cantik, aku pun terfikir yang Allah ni maha hebat, Dia lah yang mengaturkan segala-galanya yg aku lihat sekarang, tiada sebarang cacat cela.

Sekitar loch ness menuju Glasgow




Dijaganya rapi. Dan pada masa yang sama terlintas sepotong ayat Al-Quran di fikiran yg bermaksud

”Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang ada di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daunpun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh).” (QS. 6:59)..



..Memang benar. Di laut dan di darat dijaganya persis dan sempurna..Cuba bayangkan, aku yg bermastautin di beribu-ribu kilometer di Moscow, dan kini aku berada di agak hujung ceruk dunia, dan sekarang menyaksikan sendiri bukti-bukti alam yang sempurna. Yang tiada cacat cela..Maha suci Allah dan segala puji-pujian bagiNya utk semua ini..duduk aku di seat depan, kereta meluncur laju, mmg kombinasi yg sempurna dan tepat..

..aku terlelap..

..kini menuju ke Glasgow...

2 comments:

MariaFaizal said...

Ahhh...Jatbee, I envy you so much!
Once married with kids it's pretty difficult for me to travel the way you do now :D

Treasure now while you still can.

And yes, former Muslim leaders are truly Khalifah di bumi Allah. Point to ponder for me & I really wish our 'top leaders' nowadays think/feel the way these strong Khalifahs. Sigh....

Good day!

JatBee said...

MariaFaizal: Owh u know what, i guess travelling with a family is the most nicest things compare to mine..ya, the time will come and u'll spend that time better than mine :D
ya, for me i like to travel, and by doing this i'll know myself better.i mean, who am i really?..and i believe that with the difficulties that i have to face on my own during the traveling, im sure i'll know my limit better :)

have a good day my friend!