Saturday, 21 March 2009

Fiqh in medicine (Part 1)

Salam. Tiba utk perkongsian pada hari ini. Fiqh dan perubatan. Sememangnya fiqh tak dapat dipisahkan dari segenap cabang-cabang ilmu yang ada. Sekiranya dipisahkan, tiada dalil, hentam keromo, maka segala yang diusahakan tidak akan lengkap. Tak dapat mencapai cara hidup islam itu sendiri. Fiqh ialah segala permasalahatan dan hal-hal kehidupan yang merangkumi dalil-dalil drpd Al-Quran dan hadith. Fiqh tidak terbatas dgn hanya sains, malah merangkumi setiap aspek kehidupan seperti auliyah(priority), daulah(kenegaraan), munakahat(perkahwinan), muamalah(perhubungan) dan lain-lain.

Alhamdulillah, hari ini Ahad 21 hb saya berkesempatan utk menghadiri majlis ilmu ustaz Muhamad bin Abdullah Al-Amin(www.ustazamin.com) di kedutaan besar Malaysia, Moscow. Segala puji-pujian dipanjatkan kerana sememangnya amat rindu diri ini utk menghadiri majlis2 sedimikian memandangkan bumi russia ini agak ketandusan dgn kehadiran orang-orang yang faqih dalam Islam. Maka peluang ini tak dilepaskan. Demi perkongsian dgn teman-teman maka akan diringkaskan kembali isi-isi yg penting utk rujukan bagi pengamal perubatan, para pesakit dan ahli keluarga pesakit.



Fiqh dalam perubatan bukanlah satu bidang yang hanya melibatkan pengamal perubatan sahaja(doktor, dll) malah ianya melingkupi para pesakit itu sendiri, masyarakat dan pemerintah. Konsep sakit itu pada awalnya hendaklah difahami. Sakit merupakan makhluk Allah yang pada dasarnya terdiri daripada 'etiology' atau penyebab. Contohnya sebab drpd kuman, antigen, dll. Maka apabila salah satu penyebab tersebut terkena kepada badan kita maka akan terjadi reaksi (reaction). Hasil daripada reaksi tersebut menyebabkan terhasilnya penyakit. Reaksi ini merupakan SUNNATULLAH. Sebagai cth, air. Air terdiri drpd 2 atom hidrogen dan 1 atom oksigen yang mana terhasil drpd satu tindak balas. Ianya terjadi dengan izin Allah. Maka begitu juga dengan sesuatu penyakit. Sesuatu penyakit adalah hasil drpd suatu tindak balas di antara penyebab dan sel-sel badan itu sendiri. Semuanya dengan izinNya. Tetapi, sunnatullah tidak akan bersendirian. Maka diadakan pula SYARIATULLAH. Yang mana akan membahaskan peranan-peranan manusia utk berhadapan dgn situasi menghidap penyakit. Maka inilah Fiqh.

'Nature' pesakit itu sendiri sememangnya terbahagi kepada dua. Ada yang sabar, dianggapnya semua ini adalah mehnah(ujian) utk meningkatkan iman atau diingati sakitnya sebagai suatu kafarah yg menyuci dosa-dosanya yang lampau. Dan satu golongan lagi pula menyalahkan takdir dan dianggapnya beban kehidupan. Ini semuanya berbalik kpd 'aqidah para pesakit itu sendiri. Jikalau kukuh 'aqidahnya, alhamdulillah, setiap detik sakitnya itu dianugerahkan pahala yg besar, tetapi jika sebaliknya, setiap saat yg perit itu dibebankan lg dgn dosa yang setimpal, na'udzubillah. Dibincangkan pula tentang usaha yang sama dilakukan kepada pesakit yang sama dan menghidap penyakit yang sama TETAPI hasil yang berbeza. Bagaimana? Di sini, HASIL yang dimaksudkan dengan KESEMBUHAN itu adalah ANUGERAH Allah. Kita tidak patut persoal. Yang dipersoalkan adalah usaha yang dilakukan. Yang terbaik adalah memulakan dengan satu usaha dan seterusnya memaksimumkan lagi usaha tersebut tanpa mempersoalkan HASIL yang bakal diperolehi. Itulah yang terbaik.

Konsep 'aqidah di dalam fiqh perubatan juga bertujuan mem'purified' atau menyucikan amalan-amalan perubatan daripada amalan syirik. Sebagai contoh penggunaan tangkal dll. Malah, Islam hanya membenarkan penggunaan sesuatu bahan berdasarkan ilmu yang diterokai sebagai contoh ubat-ubatan yang telah dikenalpasti hasil ujiannya yg boleh menyembuhkan seseorang pesakit tersebut. Ini jauh sekali berbeza dengan penggunaan tangkal, yang mana tiada uji kaji yang dijalankan utk mengetahui keberkesanannya, malah lebih teruk lagi apabila pesakit mempercayai bahawa tangkal yang menyembuhkannya dan bukannya Allah. Meletakkan perantaraan di atara Allah adalah perbuatan syirik. Diceritakan kisah Nabi Adam 'alahisalam yang menghidap sakit perut suatu ketika dahulu. Bermunajat dia kpd Allah supaya disembuhkan sakitnya itu. Maka Allah berfirman kpdnya utk mengambil beberapa pucuk daun lalu dijadikan ubat. Maka berbuatlah seperti apa yg diperintahkan oleh Allah. Dengan izinNya, penyakit nabi Adam hilang. Tetapi tidak beberapa lama, penyakit yang sama datang kembali, maka nabi Adam melakukan perkara yg sama. Diambilnya pucuk daun yg serupa dan dimakannya. Tetapi, sakitnya tidak juga sembuh. Maka, dia berdoa kpd Allah . Maka Allah menegur nabi Adam bahawa saat kali pertama rawatannya berhasil adalah disebabkan dia berharap kpd Allah lalu berusaha. Tetapi utk yang kali keduanya dia percaya yang pucuk kayu tadi yang menyembuhkan sakitnya itu. Maka sebab itu penyakitnya yang sama tidak jugak sembuh disebabkan bersandarkan kpd yang lain selain Allah.

Di sini terdapat konsep USAHA, PERCAYA dan TAWAKKAL. Kita digalakkan supaya BERUSAHA dengan sesungguh-sungguhnya, tetapi pada masa yang sama kita dilarang agar PERCAYA yang usaha (ubat-ubatan) tersebut yang menyembuhkan, tetapi sebaliknya Allah lah jua yang menyembuhkan. Memaksimumkan USAHA tanpa mempersoalkan HASIL dan beranggapan baik kpd Allah supaya disembuhkan sesuatu penyakit itu akan melahirkan TAWAKKAL. Inilah yang terbaik.

Bersama ustaz Amin




Hadith:Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.(Abu Daud)


.Bersambung.

6 comments:

MariaFaizal said...

Salam Jatbee.Look forward for the continuation of the article.

However, I've learned a LOT fr this entry. And, I'm thinking, if I could be half as good as you - I'd say "Life must have really been GREAT!" But I know knowledge is to be acquired.

Ditto to your parents to have done wonderful job raising you up to be a great young man you are today.

**Now, I'm thinking if I'm able to be half as good as your parents - Life'll be great for my munchkins Adam & Ayesha.InsyaAllah...

Do take care.

eidayati said...

i'm proud of you my lil bro.. can't wait to have u back here.

sis maria, the secret is just one: raising your children in the best track and best way of life, that is Islam, InsyaAllah, they'll become greater than Jatbee :)

‘Every newborn child is born in a state of fitrah. Then his parents make him a Jew, a Christian or a Magian" Narrated by Abu Huraira رضى الله عنه

MariaFaizal said...

Eidayati,
Thanks for your kind, inspiring words. Honestly, I'm a bit worried about myself (once I have had children) & I'm pretty lost. I'm anxious that you're 100% right about the 'track' raising & nurturing my offsprings as I realised that I'm gonna have to start from scratch learning the fundamentals.

I'm just grateful that I discovered Jatbee's site during Gaza attack as I had so manu un-answered questions in my head (still having them :).

MariaFaizal said...

Correction: ...I had so MANY...

JatBee said...

Salam akak maria: jangan dipuji sgt ni.huhu.i just did my responsibility to spread da'wah or reminder to all our brother and sister outside there.

Dont worry akak maria, start from the scratch is better than doing nothing.this is a change.A change towards the better way. All u need is 5.1st-niat, 2nd tekad, 3rd-minimize ur option, 4th-hijrah and 5th is tawakkal :D

May Allah make an easy way for us to reach Him. ameen :))

MariaFaizal said...

I'll 'engrave' what-I-need facts in my head.Ameen....