Thursday 17 March 2011

Coretan.

Assalamualaikum.

Haih dah 2-3 entry sebelum ni rasanya tak banyak yang aku nak sebarkan ilmu baru. Ntah. Kebelakangan ni mungkin ada mood untuk bercerita. Semoga menjadi iktibar dan pengajaran buat kita semua lah ..

Kisah kali ni bermula di jabatan kecemasan yang mana tempat aku bekerja sekarang. Macam biasa every each new patient, im gonna see and treat them as usual. Dah habis clerking, ambil darah then send ke lab. Ambil masa nak rehat sekejap habuan 5 minit, terpandang seorang pesakit lama aku yang terbaring di atas katil...ya, dia pesakit aku masa 1st posting di jabatan pembedahan dahulu.

Umur dalam linkungan 50-an selesa dengan panggilan mak cik Halijah. Aku pon mula menyapa. "Asslamualaikum, mak cik.."..jawab mak cik tu. Alhamdulillah dia masih ingat kat aku lagi..Mak cik ni has been diagnosed to have a colorectal cancer last stage.

Aku masih ingat kali pertama berjumpa dengan dia di ward pembedahan. Kiranya aku yang handle kes mak cik ni. Apa-apa segala progression mak cik ni, aku yang akan update dengan specialist aku. Ya lah, sebagai doktor aku percaya bukan setakat kita kena mengubat jasad, tapi yang penting sekali hati. Selalu jugak aku bagi kata-kata semangat kat mak cik ni.

Jangan putus asa. Anggap ini semua sebagai kafarah drpd Allah. Kalau mak cik redha semua ni, segala ubat yang sy bagi kat mak cik ni akan jadi pahala untuk mak cik yang berterusan selagi mak cik tetap redha dengan Allah...

Alhamdulillah, mak cik Halijah terus bersemangat untuk terus melawan penyakitnya itu.

Agak lama, habis posting pembedahan, aku terus di'rotate' ke jabatan-jabatan lain. Sehinggalah ke jabatan kecemasan. Kali terakhir terserempak dgn mak cik Halijah di kenduri salah seorang kawan aku. Alhamdulillah, dia nampak sihat dan boleh berjalan dah pun. Selepas tu, hampir setahun dah xjumpa mak cik Halijah. Apa progression dia, wallahu a'lam.

Selesai bertanya khabar, mak cik Halijah menceritakan masalahnya. Daripada history ringkas, dan melihat abdominal xray aku rasa mak cik halijah mungkin ada intestinal obstruction secondary to adhesion. Melihat raut wajah mak cik halijah nampak sayu dan xbermaya.

Macam biasa aku tak habis-habis bagi kata semangat dan menenangkan mak cik Halijah.

In sya Allah, tak serius ni, mak cik. Kita berdoalah, semoga dipermudahkan urusan, lekas2 sembuh boleh balik rumah mak cik ya..

Mak cik Halijah senyum.

Dia terus membalas.."Abang, mak cik sayang abang sangat-sangat, macam anak mak cik sendiri..Allah lah yang mampu membalas semua ni, abg..mak cik doaa kat abg supaya berjaya di dunia dan akhirat, semoga kita jumpa di syurga nanti ya, abg.."

Aku tersenyum. Ya lah, tiada apa yang lebih diharapkan oleh seorang doktor selain dapat melihat pesakit mereka sembuh dan yang penting mendapat doa drpd mereka. Ya lah orang yang sedang diuji Allah ni, tiada hijabnya, terus diangkat oleh Allah ke sisi-Nya. Maka itu cukup memadai buat aku.

"Ameen"

Aku sempat lagi berseloroh.."mak cik, doakan abg jadi pakar bedah cepat-cepat ya mak cik.."

mak cik Halijah tersenyum..

Setelah agak lama bersembang, mak cik Halijah dah nak dihantar masuk ke ward pembedahan untuk pemeriksaan lanjut. Aku sempat bersalaman dgn mak cik Halijah dan terus memberi kata-kata semangat untuknya.

Genap seminggu.

"Alhamdulillah.." kak yu dah selamat melahirkan seorang baby comel hari ni. Aku pon bergegas turun lif untuk ke ED, sebab time tu shif petang. Harap-harap tak eventful sangatlah petang ni.

Agak bergegas la jugak, terselisih dengan salah seorang colleague aku, Dr. A , sambil nak cepat sempat aku tegur "oit" shj, biasa la member2..tp tiba-tiba dia cakap..
"Aizat, mak cik hg, mak cik Halijah dah tak dak dah malam td..."

Aku tersentap. Sikit-sikit bergenang air mata ni. Terasa macam semalam saja aku baru jumpa dgn mak cik Halijah.

"Innalilillahi wa inna ilaihiraji'un.."....Semoga mak cik bersama para solihin..dan Allah lebih menyayangi mak cik drpd kami...

Mak cik Halijah menghembuskan nafas terakhir pada malam tersebut disebabkan peritonitis.

Rupa-rupanya itulah pertemuan kali terakhir kami..

Semoga roh mak cik Halijah ditempatkan bersama para solihin dan mendapat naungan Allah di akhirat kelak di mana tiada jua sebarang naungan yang diharapkan melainkan rahmat Allah semata-mata.

Ammen ya rabbal 'alamin

.."Ya Allah, jadikan pertemuan dan perpisahan ini untukMu dan semoga diri ini tergolong di dalam golongan dilindungi ArasyMU di akhirat kelak.."

" dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman)]. Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana" Al-Anfal:63

1 comment:

Anonymous said...

I guess you may want to get a twitter button to your blog. I just marked down the article, however I had to make this by hand. Simply my $.02 :)