Thursday 16 April 2009

Small and delicate yet born to be a disaster!

Salam.

Sepanjang April ni saya sedang mengikuti tropical disease rotation. Telah banyak penyakit yang dibincangkan. Berkenaan dengan vektornya, klinikal dan juga kepada rawatan. Namun drpd ke semua kelas yg dihadiri, hari ini merupakan kelas yang agak unik. Selama hampir 4 jam dibincangkan mengenai NYAMUK dan LALAT.

Saya tertarik dgn statistik baru yang dikeluarkan oleh WHO mengenai kadar penyakit tropical yang meningkat pada hari ini. Di tempat pertama adalah penyakit MALARIA dan sebagaimana kita tahu ianya berpunca drpd nyamuk Anopheles betina. Cuba kita bayangkan, nyamuk anopheles tersebut yang merupakan ciptaan Allah yang simple, biasa dan tak menarik langsung, bentuk dan figure yang tak ubah seperti nyamuk-nyamuk yang lain tetapi mampu mencetus malapetaka yang amat hebat.



Daripada seorang yang sihat akan jatuh sakit, seterusnya kpd kegagalan buah pinggang dan akhirnya kpd pendarahan otak!

Daripada yang kuat bekerja kepada seorang yang invalid dan terlantar bisu tak mampu berbuat apa-apa



Daripada mempunyai isteri dan anak-anak yang ramai sehinggalah hilang segala-galanya

Daripada berharta kepada miskin papa kedana..

Ya, inilah hakikat sebenar apabila seorang menghidapi penyakit seperti MALARIA di kawasan-kawasan pedalaman. Bukan sahaja pesakit akan merana malah ke semua badan institusi kerajaan akan mengalami kesan-kesannya.

Allah berfirman:
"Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. (QS. 2:26)

Nah. Kenapa nyamuk? kenapa tidak lembu, gajah, harimau dan sebagainya? Hal ini menerangkan bahawa, nyamuk dinampakkan kpd kita merupakan suatu ciptaan yang biasa, mempunyai 4 sayap, 6 kaki, boleh terbang, bertukar menjadi vampire atau hisap darah, dan terbang semula. Maka itulah pada kaca mata kita.

Tetapi apakah kita tahu bagaimana nak membezakan jantan betina seekor nyamuk?

Adakah kita tahu dengan cara kedudukan seekor nyamuk ketika menghisap darah dpt membezakan jenis nyamuk tersebut? Malaria atau tidak?

Adakah kita tahu dgn cara keddudukan larva seekor nyamuk di dalam air dpt membezakan jenis nyamuk yang akan dihasilkan?

Cukuplah Allah menjadikan nyamuk sebagai dasar pembandingan kepada kita utk menyatakan yg Allah itu maha Hebat. Maha Besar. Tiada sia-sia segala ciptaan bagi segala yang diciptakanNya.

Seorang doktor yang berkunjung ke sebuah kawasan baru, berkebolehan mengenalpasti suatu penyakit dengan hanya melihat nyamuk yang baru ditamparnya. Lalu diambil semua jalan inisiatif sebagai langkah pencegahan drpd merebaknya wabak penyakit tersebut.



Bermula dari peringkat anak nyamuk iaitu larva. Utk pencegahan, bukan seringkas menggunakan racun rumpai. Habitat alam flora mesti dijaga. Lalu, digunakan anak-anak ikan kapi sebagai pemangsa kepada larva tersebut. Siapa terfikir, ikan kapi yang selalu dilihat berada di terusan-terusan kecil, longkang-longkang mampu menjadi jalan pencegahan yang effektif sekaligus menyelamatkan alam flora. Mesra alam.

Daripada penggunaan ikan kapi seterusnya kpd kejuruteraan bioteknologi. Saintis-saintis berjaya menghasilkan protein drpd bakteria bacilli yang boleh menyerap masuk ke dalam larva dan seterusnya menghancurkan satu persatu sel-sel mereka. Digunapakai utk semburan di tasik-tasik terbiar.

Semua itu drpd ilmu yang dimiliki manusia sekali gus menggerakkan segala kemampuan yang ada sebagai langkah pencegahan.

Bermula drpd seorang pesakit seterusnya menggerakkan seluruh komuniti utk bekerjasama berhempas pulas utk membanteras malapetaka ini.

Menggesa ke semua cerdik pandai ilmuan yang terkemuka tak terlepas di Russia utk belajar dan mengkaji sifat ciptaan makhluk kecil molek ini walaupun pada hakikatnya di Russia tiada langsung gangguan nyamuk!

Namun itulah kuasa yang ada pada sang nyamuk!

Seluruh dunia sibuk tentangnya.

Secara umumnya nyamuk merupakan medium yang sesuai utk agent-agent seperti plasmodum(kuman) utk tinggal dan utk membesar. Inilah kitaran hidup. Nyamuk ini akan terbang terus mencari darah utk telur-telurnya sebagai suatu proses utk pembiakan generasinya. Mencari darah sesiapa yang cuai dan lalai.

Lalai dari segi kebersihannya.

Kebersihan tempat tinggal

Kebersihan persekitaran.

Maka,menjadi tanggungjawab kita sebagai yang ber'aqal dan diletakkan Allah jauh lebih tinggi dari seekor nyamuk utk terus peka dan sensitif terhadap hal-hal diatas. Semoga kita tidak menjadi peluang kpd mana-mana vektor pembawa penyakit utk dihinggapi dan semoga makin kita merasakan kebesaranNya. Allahuakbar!

Allah menyambung lagi..

"..adapun orang-orang yang beriman, maka mereka yakin bahwa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka,tetapi mereka yang kafir mengatakan:"Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?". Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan oleh Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberinya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik," (QS. 2:26)

Sekadar perkongsian :)

2 comments:

MariaFaizal said...

Thanks for sharing this dik!
Every single creation of HIS, no matter how small, has its own beauty/purpose that brings out chain reaction to human beings & our life.

Amazing!

MariaFaizal said...

And, your header rocks, dik! :D

Me loikeeee....it!