Friday 29 May 2009

Hampir ke garisan penamat..

Salam

Senyap untk seketika. Bukan bermaksud menyepi. Bukan membawa diri. Cuma sebulan ini terasa sibuk. Sibuk utk menghabiskan kelas-kelas dan persediaan utk peperiksaan.

Besok 30hb May 2009, adalah hari terakhir kelas aku di Moscow Medical Academy. Perjuangan selama 6 tahun di sini, hampir aku selesaikan, setidak-tidaknya sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan terakhir pada 5 Jun dan 11 Jun ini.

6 tahun bagaikan sekejap. Terkenang kembali, detik-detik permulaan menyatakan hasratku kpd org tuaku utk menyambung pelajaran di Russia, kerana satu-satunya tempat yang MARA offer selepas Trial SPM. Restu doa mak ayah yang tercinta merelakan aku pergi. Itulah kali pertama aku naik kapal terbang. 15 jam perjalanan dan Frankfurt, German merupakan tempat pertama aku singgah. Setibanya di Moscow, maka itulah perjuangan selama 6 tahun yg aku akan lalui.

Seingat aku, ayah selalu berpesan, jaga kesihatan, makan minum..yang tu yg penting sebelum pelajaran. Alhamdulillah, semuanya masih kekal di ingatan.

Maka hiruk pikuk kota Moscow aku redah, bermacam ragam manusia aku hadam, dan yang penting diri ini aku kenali sebaiknya..itulah yang aku perolehi di sini

Syukur padaMu ya Allah
Insan ini tiada kuat melainkan dgn pertolonganMu ya Rabbi

p/s:Selepas tamat kelas terakhir besok, aku akan rindui kesemua group mate aku yg selama 6 thn kami bersama, bagaikan adik beradik. Gelak ketawa, jatuh bangun bersama...Lutfi, Auyun, Faiz, Nazlin, Mubin, Khairin, Syimah, Israfil, dan Posto..Thanx for everything :)

Group 5!!

2 comments:

MariaFaizal said...

All the Best Jatbee!

Shazwani Adnan said...

salam.

semua macam behave je.. huhu