Tuesday, 16 December 2008

Reunion

Hari ni chat dgn kakak aku (kak ayu).Dia send gambar-gambar time kenduri kak intan(sepupu aku). Rupa-rupanya semua ada time kenduri tu, kecuali aku!..









Pergh. Complete reunion besar-besaran. Masing-masing muka dah berubah.

Aku teringin sgt nak balik!

Sunday, 14 December 2008

Urgent call

0230 am (Moscow time)

Terjaga dari tidur.Aku jadi sebak. Mimpikan ibuku. Mimpikan aku memeluk erat-erat ibuku. terasa selamat dalam dakapannya. Ibuku senyum, aku erat memeluknya.Sesuatu perasaan yang luar biasa. Di dalam pelukan ibuku yg agak lama..Lantas terus terjaga. Aku terus sebak. Aku kelipkan mata beberapa kali. Ya Allah. Mungkinkah ini isyarat-Mu utk yg aku sudah agak lama x call ibu dan ayahku. Hanya kiriman SMS aku wakilkan. Bukannya apa, aku tgh consider nak pakai skype atau pun sambung pakai IDD. Tangguh punya tangguh terus tepat pada pukol 2.45 pagi aku masuk bilik Asrul amik IDD. call mak.

Call mak aku. Sungguh terkejut mereka-mereka sana. Tanyakan pasai apa yg aku call pagi-pagi buta. Ya lah pukol 750 pagi. Agak-agak mmg jarang dibuat aku ni. Mak meneka. Mimpi mak ek. Aku cover. Eh mana ada. Sikit-sikit ja. Mak teka lagi. Mimpi apa. Aduh. Dah X boleh nak cover dah. Aku balas, ya memamg mimpi mak. Emak gelak. Dia dah dapat agak. Kali last aku buat urgent call ni pukol 9 pagi malaysia, tu pun hanya SMS kpd ayah aku. Haih. Alhamdulillah diberi kesempatan Allah utk bercakap dgn ibu dan ayahku.

Proses utk mendapatkan sijil Doktor Perubatan(Doctor of Medicine) yang hanya berbaki kira-kira 6 bulan ini cukup menyiksakan! Aku x bimbang sedikit pun dgn hal-hal study. Sikit pon tidak. Tetapi yang hanya aku bimbangkan adalah hal-hal di sebaliknya. Bermula pada tahun 4 lagi aku diuji. Kehilangan seeorang yang dicintai, iaitu Teh aku. Dia bagaikan tempat rujukan aku yg pertama sebelum dirujuk kepada mak dan ayah. Sebelum aku berangkat balik ke sini, aku perasan aku dipeluknya erat-erat, kuat bagaikan itulah titik noktahnya. Ya, Allah sayangkannya. Pada November,Jumaat pagi dia dipanggil menghadap Ilahi. Akibat sakit lamanya Colorectal cancer. Sempat dibisikkan pada telinga ayahku, agar dikirimkan salam pada bee(aku), dan dipesannya yang dia cukup sayang pada aku xubah seperti anaknya.

Pada summer tahun ni aku diuji sekali lagi. Kehilangan Wa yg dicintai(bapak saudara aku). Kali ni aku sempat menguruskan hal-halnya dari mula hingga detik-detik yang terakhir. Allah izinkan aku. Aku bersyukur kerana diberi kesempatan utk menguruskan hal-halnya hingga ke dalam liang lahad. Kali ini disebabkan kegagalan buah pinggang kronik.

Segala-galanya ini aku redha. Ya, mmg aku mintak jauhkan. Setidak-tidaknya hingga aku tamatkan sisa-sisa perjuangan aku di sini. Tapi siapalah aku nak persoalkan? Aku hanyalah insan kerdil. Aku hanyalah dimiliki, dan bukan memiliki! Aku dimiliki oleh Rabbul izzati yg penuh belas kasih sayangnya. Bila dimiliki aku akan sentiasa layak diuji. Bila diuji, inilah cara Dia berinteraksi dgn aku utk menjelas dan mentafsirkan lagi hakikat keikhlasan dan redha aku sebagai hamba. Ya aku bukan memiliki. Semua yg aku ada sekarang akan lenyap, kerana itulah janji-janji Allah. Yang di akhirat itu lebih abadi dan haqiqi.

"B rindu kat mak dgn ayah.."

“Maka apakah kalian mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kalian secara main-main dan bahwa kalian tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al Mu’minun: 115)

"dan TIADALAH KEHIDUPAN DUNIA INI MELAINKAN SENDA GURAU DAN MAIN-MAIN.dan sesungguhnya akhirat itu adalah sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui" (29:64)

Wednesday, 10 December 2008

Combo laparoscopic operation utk yg terakhir

Salam

Fuh. Akhirnya Laparascopic operation yg dijanjikan berjaya kami tontoni. Bukan satu, malah dua. Penat jgn cakaplah. Aku dari pagi mmg minum air kosong saja, bajet kelas habis awal. Hari ni dpt zachOt. Harap-haraplah!. Sampai ke petang pukul 2 masih xber'lunch' lagi. Sabar-sabar. Perut berbunyi-bunyi irama R&B. Operation masih aku concentrate. X apa,nak dapat zachOt punya pasal.

Dua-dua case pasal cyst di dalam ovari. Oh, at least aku belajar mcm mana nak potong cyst itu..Hari ni En. Baktiar yg perform sambil di'assist' oleh Prof. Davidoff. En. Bakhtiar banyak kena 'tiaw' dgn prof. Tu baru En. Bakhtiar,Hurm. Agak-agak bagaimana lah aku nnt..huhu

1. Cari ovari yg 'affected'. Hint: sizenya besar gabak
2. Buat lubang kat peritoneum. Potong sedikit. Tarik peritoneum sampai ke bawah
3. Coagulate sikit-sikit secukup rasa
4. Pegang cyst sambil tarik peritoneum ke bwh, utk meng'exposed' cyst
5. Potong cyst yg telah diexposed
6. Dah siap!

Livan, prof. Davidoff dan En. Bakhtiar usha-usha dlm tv, apa yg patut.








En. Bakhtiar in action!




Habis operation semua orang happy. Tersenyum masing-masing dlm mask. Turun ke kelas, ready zachOt book. Prof Davidoff dan Livan amat puas hati dgn group kami, gembira jugak. Masing-masing gembira. Prof tanya ada soalan?kami semua senyap. Nak tanya apa lagi, tunggu nak balik aja lah. Sebelum balik, kami bergambar ramai-ramai. Kenang-kenangan dgn proffesor yg terhandal. Handal tak handal beliau ni dalam bidang surgery memang tak dinafikan. Sebarang operation di hospital ini yg mengalami komplikasi, akan dirujuk kepada proffesor Davidoff utk management selanjutnya!Aku admire beliau.

Group 5

Dari kiri: (Duduk)Krin, Nazlin, Auyun, Livan, prof. Davidoff
(Berdiri)Faiz, saya :D, mubin, posto, lutp dan mat pil


Pulang.Sejuk.Lapar.Sembang-sembang dgn posto, nazlin dan mubin. Balik rumah check email. Follow up dgn editor majalah di German pasal gambar aku. Aku senyum sorang-sorang. Gambar sudah dipublished! Muka depan lagi :D Rasa lapar hilang. Masuk dapur. Tgk apa-apa yang patut untuk dimakan. Ayam siap dipotong. Marinate sajalah. Bakar. Sambil tunggu ayam bakar yg enak lazat siap, aku terlelap..Bagun balik, makan. Baca blog orang sampai sekarang yg kini menulis blog aku pula..

Gambar masjid aku yg amik! kiri atas dalam majalah..



P/s: Teka teki utk budak 5th year dan 6th year di MMA, Russia..Sesapa nak jawab pon boleyh..Hadiah spesel :D

1.Kenapa waktu perform laparoscope akan sentiasa teringat makanan?

2. Macam mana nak practice perform laparoscope dgn lebih mantoooppp, xmcm En. Bakhtiar?

3.Kenapa En. Bakhtiar tidak berambut?

4. Kenapa Santa Claus gemuk atau obese?

Tuesday, 9 December 2008

05:40 a.m

Cetusan hati..



31.07.2008
05:30 a.m
Lokasi: Wad Kecemasan, Hospital Tuanku Fauziah, KangaQ, Perlis

Aku:
Dlm keadaan separa sedar, mengantok pon ada..pejam celik,pejam sekali lagi mujur celik jugak :D..Then,dpt arahan drpd Dr. Nik utk 'clerk' patient yg baru admitted..Typical Malaria case. Aku banyak sembang dgn pak cik tu aja. X banyak nak tanya sbb typical case, so mmg aku straight diagnose depan Dr. Nik yg patient tu ada Malaria..Ya la, demam selang seli dengan kebah :D..Dr. Nik sambung buat kerja dia, masih terus bersemangat. Kadang-kadang aku wonder apa yg menyebabkan dia xletih-letih..padahal dia kerja dari pagi tadi..banding aku ni yg dah ngantok2 dah..maklumlah dalam mood cuti plus aku start 'oncall' ni pon lepas balik drpd melepak ngn 'memba-memba' aku .. straight aku datang ke hospital kemudiannya..melihatkan Dr. Nik yg sedikit pon xmenunjukkan tanda-tanda mengantuk, aku pon cuba bertindak sedimikian juga..terus 'clerk' patient xhenti-henti datang mengunjungi hospital..

Berikut dialog2 seharian aku di wad..ni baru pendek, sbb malas aku nak tulis :D

"ya pak cik/mak cik/kakak/adik..sakit tang mana?"
"sakit tu lagu mana?"
"denyut-denyut ka? sakit teruih ka?sakit tajam-tajam ka?chua abaq mai tgk"
"ada muntah demam ka?xlalu makan?"
"sat na sy nak periksa sat"

Habih periksa, kena present case kat Dr. Nik..as usual kena lah perfect, kalau xperfect pon xpa, Dr. Nik ni akan ajar..tu yg best tagging ngn Dr. Nik

Dr. Nik:
Nama penuh beliau Dr. Nik Hisyam Amirul. Umurnya sebaya abg aku 27thn. Berkelulusan drpd Uni. of Newcastle, UK. Mcm biasa, berada di dlm bilik pegawai perubatan sambil periksa patient dgn penuh energetic dan bersungguh-sungguh. Aku mmg 'respek dan suspect' habis dgn beliau sbb dia ni merupakan one of the best doctor kat situ. Rajin mengajar dan x kedekut ilmu. Kelebihan: dinner pada pukol 2 pagi :D..Ayat-ayat kegemaran di kala bersama aku waktu nak 'clerk' patient adalah "your differential diagnosis, please"..pergh, time tu jenuh la aku memikirkan seribu satu penyakit yg berkaitan dgn simtom-simtom yg ditunjukkan oleh patient. Satu persatu disebutkan sampai dia puas hati..Pernah jugak aku tanya dgn Dr. Nik mmg betul-betul minat ke nak kerja di wad kecemasan ni. Ya lah, lebih kurang 3 MO (Medical officer)dan 1 specialist ja yg bertugas, HO mmg xada lah kat sini. So mmg hectic sgt la kerjanya. Dia jwb mmg dia minat pon dan dia suka kerja-kerja yg 'adrenaline rush'


05:40am
Lokasi: yg sama

Budak PLKN baru admitted. Clinical examination: Head laceration. Causes: kena belasah!! Agak teruk jugak la (bagi aku)..bagi Dr. Nik ini biasa saja, so diberinya MA utk manage budak ni. Aku pon ikut MA utk suture kulit kepala budak ni. Sambil-sambil MA tgh palpate kepala budak ni, sempat jugak aku temu bual patient. Sebab asbab pecah kepala budak ni adalah bergaduh. Haih, norma-norma dunia betul. Aku tanya lagi, dgn apa member dia bagi sampai jadi mcm ni. Dia ckp dgn besi katil yg ada bonjol pateri di hujungnya. WOW! sadis2. mmg aku rasa bukan setakat pukulan, malah tarikan padu mautnya skali menyebabkan kulit kepala budak ni lacerated. Tiba-tiba MA ckp rasa-rasanya ada fracture skull kat budak ni sebabnya berlekuk!!.Pulakkkk. Aku panggil Dr. Nik. Terus dihubungi surgical ward utk standby satu bed utk budak ni..

Enjoy the pic!




p/s: Pekerjaan seorang doktor yg sangat sibuk dan memenatkan. Harus ada kesediaan utk mewaqafkan kehidupannya utk pesakit-pesakit di luar sana.....
Kalau nak bergaduh, jgn guna besi mahupun benda-benda merbahaya..guna bantal sudeyh! :D

Saturday, 6 December 2008

Bila mehnah menyapa...

Situasi biasa bila aku sakit:

1. Agak berkebolehan meng'diagnose' penyakit sendiri, xtau betul ke tidak..Prescribe ubat utk aku boleh jugak la, so basically aku mengexperimentkan bdn aku sendiri..

2. Even demam biasa pon, aku dah xsedap hati..nota kaki: Demam biasanya dikaitkan dgn panas bdn, dn selalu kebah bila amik panadol..Tapi, bg aku, demam ni salah satu sign utk sesuatu jangkitan(ni yg 1st priority)...so aku layan amik antibiotic skali :D

3. Biasanya, aku akan mendapat local infection(jangkitan kuman) di tempat naiknya jerawat aku..pergh, mmg seksa!Ikot theory, ni dikaitkan dgn resdung aku. Mmg akan demam la lepas tu

4. Aku akan minum air dgn sebanyak-banyaknya..keep my body hydrated because it will increase ur blood volume, kidney will filter more, and u will urinate more and toxic product will decrease too thru urine :)

5. Aku akan dgr nasyid time aku sakit(selalunya mmg aku dgr pon :p)..aku yakin ni adalah kifarah Allah utk aku dan cuba menginsafi diri yg aku hambaNya yg lemah..aku milikNya.

6. Habiskan banyak masa di atas katil :)..paling aku suka..

7. Utk makanan, aku akan msk simple2 shj..main baling-baling shj seperti sup..ni pon kalau aku rajin..:D

8. Aku ni jenis xsuka makan panadol..so aku akan cuba heal traditionally..seperti pakai tebal2, bg panas, lpas tu tdo..bg berpeluh..in sya Allah esok akan baik :D..tp ada yg ckp theory aku ni silap..stakat ni Alhamdulillah, menjadi :D

9. Bila mkn ubat, aku baca doa "Allahuma anta syafi, la syafi illa anta.."..doa yg mak aku ajar..




10. Di samping itu, aku xlupa nak guna kan kemudahan yg sedia ada contohnya check-up free dgn lecturer aku dan diagnosisnya skali..keh keh keh..tak pon kalau lecturer tu baik, diberinya ubat sekali :D


Nota: Ubat dan reaksi kepada badan, membunuh kuman-kuman lalu menyembuhkan penyakit adalah salah satu SUNNATULLAH.Ia adalah reaction-reaction yg segalanya diatur oleh Allah. Maka apabila Allah membenarkan, maka ia akan terjadi...nasihat: jgn percaya yg ubat menyembuhkan, kita hanya berusaha melalui doktor dan ubat-ubat yg diberikan tetapi Allah lah jua sebaik-baik penyembuh yg mebenarkan melalui Sunnatullah-Nya..dengan kuasa dan izin-Nya

Peritoneal tapping


" Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dgn kesanggupannya" Al-Baqarah:286

Thursday, 4 December 2008

bagaikan menang lotteri

argh.Release. Tadi lepas kelas gynae, mcm biasa sembang-sembang ngn Livan (cikgu gynae aku yg cool). Then, sambil-sambil rehat dia pon ckp "ive got 2 good news for all of u, 1st is i can let u go home early..2nd is all of u may not come to class for tomorrow..its a holiday for u"...waaaaaaa, mcm satu rahmat Allah yg tak terungkap dan bagaikan menang lottery bernilai 18 juta pound plak..hahah..pergh, seriously mmg ni yg aku harapkan, tp dari 1st cycle lg mmg aku xbajet pon akan dpt cuti utk cycle ni memandangkan proffesor Davidof ni mmg strict sket..tp utk kali ni yg pelik dia bg cuti utk satu whole group..syukur2

So, utk besoknya, aku xyah bgn awal, mandi awal, bersiap-siap awal, menggalas bag yg agak berat, berjalan di dlm kesejukan yg anginnya sepoi-sepoi bahasa, naik metro(train)..jalan lagi dlm 15 minit ke hospital aku :D...aku kira-kira amik 1jam suku gak la nk g kelas gynae aku...

Sebab asbab..
Antara sebab musibabnya yg aku dpt cuti ni, sbb HOD gynaecology slalu buat round kat group aku, lpas tu 'bajet' tanya soalan yg basic2..hurm, aku pon xtau tujuan dia tanya soalan tu, dia nak check basic knowledges ka atau mmg dia rasa tu tahap kemampuan kami..huhu, so basically mmg boleyh jwb la kan..then, prof. rasa syok kot sbb HOD puas hati..

Lagi satu sebab. maybe sbb group aku ni full attendance kot, so this is could b one the reason..So, mcm study kat tempat lain jugak, attendance tu penting, even dtg lambat pon make sure that ur body still present for the class even ur mind was still on the bed!..even, nk tdoq dlm kelas pon boleh je, janji dtg kelas..

Hurm, share sikit lah..just before we got the good news, i saw an operation about removing the dermoid cyst. Ok dermoid cyst ni adalah satu menatang teratoma. Teratoma pulak adalah keadaan di mana dalam satu organ, contohnya dlm ovari terdapat tisu-tisu asing..contohnya rambut,tisu2 lemak dan jugak gigi..agak menarik case ni, sbb ni 1st time aku tgk teratoma, slalunya dlm video ja..So, bila surgeon cut patient's ovary, mmg betul lah ada rambut...hurm, agak menggelikan, tp aku layan saja...

Tu lah alkisah utk entri kali ni..nk tdo awl, qada' tdo aku..sbb besok cuti..tapi aku x akan lupa bgn utk sembahyang subuh di awal pagi :D

Tuesday, 2 December 2008

Hakikat Sebuah Surgery

Operation room:
- it must be sure all sterilized properly
- Must get enough all of the light sources otherwise the surgery can be done using the torch light :D or candle (kidding only laaa..)
-Must be equipped with the entertainment stuffs at least a radio..depends on the financial budget of that hospital..well i heard some hospital can provide even a computer with the internet at least for their anaesthesiologists. WOW!!

The equipment:
-Again must be sterilized!
-Basic things all of us must know-pisau, gunting pemegang, benang, jarum dan kain gauze

Operation table:
-Cannot across in front of the patients leg otherwise u will be scolded!

The surgeons:
-Average age is >35 years..15 years studied maaaaa, to get a tittle a consultant
-very successful in a medical field. Their brain as like a Dorland's Dictionary. Ask them anything, they will answer u very quick..err, mayb take a less than 2 minutes :D
-is rich...of knowledges and money though
-not too old and too young..yeah u rite, we dont know because they wear a mask!!
-usually been attacked by a tremor (menggigil)..it depends on how cool that surgeon is :D
-Please dont ask them whether they know how to sew their clothes by themselves or not. Trust me, they are better than u guys!...Fully equipped with the skills and art of sewing...even to sew the 'guni beras' pon im very sure about that :D..plus they even can sew in a cosmetic style :D
-Is very mysterious on how their appearance look like..surely we will wondering is she really hot?or is he really handsome?...but dont ever get shocked when suddenly one guy or lady said to u after your operation "hello, how do you getting on?ok?...im your surgeon" then u realize that the surgeon is not really as what u imagine :D

The surgeons


The assistant
-Usually the HO (House officer), JMO(junior Medical officer) but some of other times it can be also a medical student...if there are no other options :D
-Most probably equipped with all the skills acquired to become a surgeon because they will further their studies not only to become an assistant but then to conduct the operation by themselves in the future:D
-usually help the surgeon to hold the thread, sewing and so on
-again will be attacked with a tremor..depends on how many operation he or she has been involved.
-age=young, fresh graduate,25-30 years old

Behind the scene..my team and i :D


The patient
-is unconcious, in a deep sleep...in wonderland!!

The operation
-is most life-threatening moment
-any milliliters drop of blood could threatened the patient's life
-Its all depends on capability of the surgeons to handle the situation...he do the best and to Allah he pray for the success..



The Anaesthesiologists (Pakar bius)
-Sitting, looking to the window, remark something on the paper, checking on the patient's level anaesthetics (ubat bius)
-But dont u guys ever think that they are just sitting...they are not just sitting,but they are listening!!..they are listening to the alarm and the sound comes from the patient's life machine..if anything happen, they are on the go!!

Nota kaki: This is one of the briefing notes for u guys in order not to be scared during the operation..dont worry,u guys will be surrounded with mr/ms nice guy/lady
Hopefully theres no surgeons, MO, HO outside there reading my blog :D...abes laa kalau ada ...huhu