Thursday 17 March 2011

Coretan.

Assalamualaikum.

Haih dah 2-3 entry sebelum ni rasanya tak banyak yang aku nak sebarkan ilmu baru. Ntah. Kebelakangan ni mungkin ada mood untuk bercerita. Semoga menjadi iktibar dan pengajaran buat kita semua lah ..

Kisah kali ni bermula di jabatan kecemasan yang mana tempat aku bekerja sekarang. Macam biasa every each new patient, im gonna see and treat them as usual. Dah habis clerking, ambil darah then send ke lab. Ambil masa nak rehat sekejap habuan 5 minit, terpandang seorang pesakit lama aku yang terbaring di atas katil...ya, dia pesakit aku masa 1st posting di jabatan pembedahan dahulu.

Umur dalam linkungan 50-an selesa dengan panggilan mak cik Halijah. Aku pon mula menyapa. "Asslamualaikum, mak cik.."..jawab mak cik tu. Alhamdulillah dia masih ingat kat aku lagi..Mak cik ni has been diagnosed to have a colorectal cancer last stage.

Aku masih ingat kali pertama berjumpa dengan dia di ward pembedahan. Kiranya aku yang handle kes mak cik ni. Apa-apa segala progression mak cik ni, aku yang akan update dengan specialist aku. Ya lah, sebagai doktor aku percaya bukan setakat kita kena mengubat jasad, tapi yang penting sekali hati. Selalu jugak aku bagi kata-kata semangat kat mak cik ni.

Jangan putus asa. Anggap ini semua sebagai kafarah drpd Allah. Kalau mak cik redha semua ni, segala ubat yang sy bagi kat mak cik ni akan jadi pahala untuk mak cik yang berterusan selagi mak cik tetap redha dengan Allah...

Alhamdulillah, mak cik Halijah terus bersemangat untuk terus melawan penyakitnya itu.

Agak lama, habis posting pembedahan, aku terus di'rotate' ke jabatan-jabatan lain. Sehinggalah ke jabatan kecemasan. Kali terakhir terserempak dgn mak cik Halijah di kenduri salah seorang kawan aku. Alhamdulillah, dia nampak sihat dan boleh berjalan dah pun. Selepas tu, hampir setahun dah xjumpa mak cik Halijah. Apa progression dia, wallahu a'lam.

Selesai bertanya khabar, mak cik Halijah menceritakan masalahnya. Daripada history ringkas, dan melihat abdominal xray aku rasa mak cik halijah mungkin ada intestinal obstruction secondary to adhesion. Melihat raut wajah mak cik halijah nampak sayu dan xbermaya.

Macam biasa aku tak habis-habis bagi kata semangat dan menenangkan mak cik Halijah.

In sya Allah, tak serius ni, mak cik. Kita berdoalah, semoga dipermudahkan urusan, lekas2 sembuh boleh balik rumah mak cik ya..

Mak cik Halijah senyum.

Dia terus membalas.."Abang, mak cik sayang abang sangat-sangat, macam anak mak cik sendiri..Allah lah yang mampu membalas semua ni, abg..mak cik doaa kat abg supaya berjaya di dunia dan akhirat, semoga kita jumpa di syurga nanti ya, abg.."

Aku tersenyum. Ya lah, tiada apa yang lebih diharapkan oleh seorang doktor selain dapat melihat pesakit mereka sembuh dan yang penting mendapat doa drpd mereka. Ya lah orang yang sedang diuji Allah ni, tiada hijabnya, terus diangkat oleh Allah ke sisi-Nya. Maka itu cukup memadai buat aku.

"Ameen"

Aku sempat lagi berseloroh.."mak cik, doakan abg jadi pakar bedah cepat-cepat ya mak cik.."

mak cik Halijah tersenyum..

Setelah agak lama bersembang, mak cik Halijah dah nak dihantar masuk ke ward pembedahan untuk pemeriksaan lanjut. Aku sempat bersalaman dgn mak cik Halijah dan terus memberi kata-kata semangat untuknya.

Genap seminggu.

"Alhamdulillah.." kak yu dah selamat melahirkan seorang baby comel hari ni. Aku pon bergegas turun lif untuk ke ED, sebab time tu shif petang. Harap-harap tak eventful sangatlah petang ni.

Agak bergegas la jugak, terselisih dengan salah seorang colleague aku, Dr. A , sambil nak cepat sempat aku tegur "oit" shj, biasa la member2..tp tiba-tiba dia cakap..
"Aizat, mak cik hg, mak cik Halijah dah tak dak dah malam td..."

Aku tersentap. Sikit-sikit bergenang air mata ni. Terasa macam semalam saja aku baru jumpa dgn mak cik Halijah.

"Innalilillahi wa inna ilaihiraji'un.."....Semoga mak cik bersama para solihin..dan Allah lebih menyayangi mak cik drpd kami...

Mak cik Halijah menghembuskan nafas terakhir pada malam tersebut disebabkan peritonitis.

Rupa-rupanya itulah pertemuan kali terakhir kami..

Semoga roh mak cik Halijah ditempatkan bersama para solihin dan mendapat naungan Allah di akhirat kelak di mana tiada jua sebarang naungan yang diharapkan melainkan rahmat Allah semata-mata.

Ammen ya rabbal 'alamin

.."Ya Allah, jadikan pertemuan dan perpisahan ini untukMu dan semoga diri ini tergolong di dalam golongan dilindungi ArasyMU di akhirat kelak.."

" dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman)]. Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana" Al-Anfal:63

Tuesday 15 March 2011

09.03.11

" Ijat, kakak hang dah bearing down"..gerak bahasa SMS yang diterima drpd colleague aku yang sekarang bertugas di jabatan yang mencabar iaitu O&G. Ya, pada tarikh ini kak yu (Akak aku) sedang berjuang untuk melahirkan seorang baby dan sekarag dia berada di dalam labour room. Aku pulak yang gelabah.

Cepat-cepat aku capai saja baju yang sempat dicapai, pakai neck-tie zassss berdesup meluncur laju Pesona menuju hospital. Kebetulan petang tu aku kerja shif petang. Pergh agak gugup jugak nak tengok kakak kandung sendiri berhempas pulas nak melahirkan baby ni.

Sesampainya, mmg akak aku tengah bearing down. Sister A, merangkap ketua kumpulan penyambut bayi cakap Os full (Bukaan pintu rahim) pada pukul 2.10 ptg. Sekilas pandang tengok jam di dinding, 2.25ptg. Owh, ok still got time for 2nd stage. Aku, macam biasa ucap ayat-ayat standard di dalam labour room (teringat zaman posting O&G) ..kak yu! sikit lagi, sikit lagi tu..teran!!..angkat kepala, tengok perut, teran macam sembelit.."..."sikit lagi nak jadi ibu ni..sikit lagi".."..ayat-ayat ni nampak saja macam baby tu nak keluar dah, tapi pada hakikatnya rambut pon x nampak lagi.hak hak hak..suatu ayat perangsang di dalam labour room..

Jam menunjukkan 2.35pm. Pergh, gelabah beb. Rambut baby dah nampak dah, tapi cuma kak yu macam penat ja nampak sikit. Ayat-ayat perangsang terus diberikan. Bukannya apa, FYI 2nd stage ni bermaksud bermula daripada bukaan penuh pintu rahim, iaitu 10 cm sehingga keluarnya bayi tersebut hendaklah tidak melebihi satu jam, untuk ibu-ibu yang beranak sulong ni. So, kalau lebih daripada sejam, kemungkinan doktor akan menggunakan instrumental method untuk mengeluarkan bayi tersebut..seperti vacuum dan forceps..dan itulah yang aku tak mau..

Jam berdetik. Tik Tok Tik Tok. Rambut bayi makin nampak. Tiba-tiba, sister A cakap "Dr. Aizat, mai sini ganti saya fundus kakak kamu ni.."..pergh, mmg cabaran nak fundus kakak sendiri.(fundus-bermaksud menekan perut untuk membantu si ibu meneran)..

"Bismillahirrahmanirrahim", aku pon men-fundus. Dengan izin Allah, dengan sekali tekan, Alhamdulillah kepala baby dapat dikeluarkan..pergh, berpeluh gwa beb! Selesai 2nd stage. Sekarang giliran tangan dan kaki. Alhamdulillah semudah A B C, baby sempurna dilahirkan tepat pada pukul 2.40 ptg..

Eisyah Mysara :)

Eisyah Mysara, telah selamat dilahirkan pada 09.03.11 tepat pada pukul 2.40 ptg. Syok weih dapat nak menakan ni. pergh, ni tara anak menakan tak anak sendiri lagi, hik hik hik. Aku tengok muka kak yu pon penat, ya la, sakit weih nak bersalin ni, walaupun aku tak pernah rasa la kan, tapi pengalaman selama 4 bulan sambut baby ni terasa la aura dia. Beb, sampai aku pernah kena sound jugak la kan, biasala kes sakit sangat sampai semua orang depa nak sound. hahaha..

Baby comel kak yu dimasukkan selama 5 hari di NICU disebabkan Congenital Pneumonia (biasa la budak-budak baru lahir ni depa macam cultural shock sikit sampai oxygen pon drop..hak hak hak then masuk NICU buat chest xray nampak la hazziness sikit)..baby diberikan antibiotik selama 5 hari (Prosedur biasa)..Extend lagi kat ward SCN selama 1 hari disebabkan jaundice..normal la tu..

kak yu bersama baby comelnya

Hari ni, kenduri kesyukuran dan akikah Eisyah. Alhamdulillah. Allah melancarkan semua perjalanan tentatif kehidupan keluarga kami...dan kepada Eisyah Mysarah, buah hati ayah cik..Selamat datang ke dunia yang sementara ini, semoga menjadi anak solehah yang akan menegakkan kalimah Allah dan berjuang unuk ibu dan ayah dan juga negara.....

Cucu Tok Ayah..


Tahnik oleh 2 imam besar Masjid Alwi.

Dalam Sahih al-Bukhari, terdapat riwayat dari Abu Musa r.a. yang mengatakan: “ Aku pernah mendapat anak lelaki, maka aku pun membawanya kepada Rasulullah s.a.w. maka dinamakannya Ibrahim, kemudian ditahnikkan dengan kurma, lalu didoakannya agar dicucuri berkat, kemudian dia pun menyerahkan kepada ku.”

Nota kaki: Dok melayan Wii-Fi free..