Wednesday 26 November 2008

Dlm keputihan itu



Oh.
Masa itu cepat.
6 tahun kini makin dekat.
utk 2009 daripada 2004.

Dari Malaysia hingga ke Russia.
Ku gadai masa dan usia
Demi menilai 'sakit' yg dirasa
Ku sanggup buat apa saja.

Realiti, mimpi dan kehidupan.
Buat bekalan utk aku seorang.
Buat ku tempuh mehnah duri kehidupan.
Semoga menjadi insan tak lupa akan Tuhan..

Winter 2008-2009

Monday 24 November 2008

hari ini selepas jatuh

Malam tadi team aku kalah buat sekali lagi di UMNO games. Semua down. Memang target satu team utk champion. Tapi takat quater ja boleh p..xpa2 nxt time cuba lagi..

Pagi ni aku bangun seperti biasa, pukul 9 pagi. Hari ni cuti. Cycle gyaneacology aku start hari Rabu. 2 days off bagi aku. Dah bangun still down. Terasa impak kekalahan lagi. Tak apa, aku buat xtau.

Macam biasa, aku terus siapkan kerja edit-mengedit gambar model yg aku shoot hari sabtu kelmarin. Iman nak secepat yg boleh. nak tolong member2 kan, aku buat sehabis baik. Trimas jugak utk Iman sebab bagi peluang utk aku shoot model batik dia. At least dpt experiences walaupon kerja ni FOC!

Salah satu hasil editan


Edit-mengedit sampai aku bosan. Aku siapkan lunch aku. Bubur nasi yg bajet sedap sahaja. Mungkin sebab aku sakit-sakit badan agaknya. Lalu terasa nak makan bubur. 2 kali dalam hidup aku di Moscow aku masak bubur nasi. Tahniah buat aku. Auyun ngn Faiz pon puji. Xpa, sedap ka xsedap aku sorang ja makan.

Selesai sudah lunch yg xseberapa, aku continue kerja editan. Sambil-sambil tu aku terfikir, xstudy aku hari ni nampaknya. Aku ikut priority, amanah tetap akan ditepati. Kerja-kerja edit terus disambung lagi.

Dalam masa yg sama, aku terima email drpd seorang sahabat aku di Germany, saudara Sulaiman Wilms:

" AS-Salaamu 'alaikum,
dear Aziat.

Thank you very much for your co-operation in the Media work fisabilillah! I send you best greetings from Hajj Asadullah and from Yahya.

By end of this week start with the final phase of our final production. We will let you know afterwards what images and how many we have used.

Best greetings. Wa Salaam

Sulaiman Wilms"

Tersenyum aku sorang-sorang. Syukur aku kerana menjadi duta Muslim di Russia. Sahabat aku Sulaiman ni adalah Chief Editor majalah Globalia magazine yg hari tu mintak tolong aku shoot photos bertemakan "Muslim in Russia". Alhamdulillah, dpt jugak aku buat kerja-kerja fisabilillah dgn harapan dpt memberitahu dunia yang Russia ada masjid, ada muslim yg berkopiah, ada imam besar, ada alim ulama' dan ada kedai-kedai menjual kitab-kitab agama!...Alhamdulillah

Sahabat aku: Yahya dan Dr. Ust Asadullah


Imam masjid besar dan salah seorang pembantunya


Kedai yg menyediakan segala kelengkapan utk seseorang Muslim


Senyum mak cik!


Keadaan di dalam masjid


Jemaah hampir penuh! Allahuakbar!


Saudara-saudara seakidahku di Moscow


Masjid di Novokusneskaya, Moscow


Mssjid terbesar di Moscow, the blue Mosque..dlm renovation


Selepas tu, posto buzz kot ym. Dia mintak tolong dia ke rinak (pasar) beli ayam, sbb nak bukak order shaurma(kebab) utk malam ni. Pergh, mmg busy la aku malam ni..Tambahan dia ckp order banyak. haih, aku siap beli, potong lepas tu marinate. Selepas tu terus siapkan order-order shaurma yg berkenaan..13 order kesemuanya..Alhamdulillah siap..

Sekarang, pukol 11 mlm, aku diberi kesempatan rahmah olehNya utk menyelak helaian buku gynae aku :D...dan terus aku baca xjemu-jemu..

Wednesday 19 November 2008

Aku dan dia part 2

Ya, selesai sudah program Leisure Night yg dianjurkan oleh Tourism Malaysia di Moscow. Dalam pada itu, aku bercita-cita jugak la konon-konon boleyh jadi photographer part time utk Tourism kan, tp xkesampaian cita-cita aku. Mana xnya, xkan lah Kit lens dan prime lens ni ada hati nak jd photographer part time, sah-sah la Tourism boleh hire photographer lg hebat drpd aku kan..so,xpa, aku pendam cita-cita tu :D

So, setelah dlm beberapa bulan selepas program tu, aku 'dilamar' sekali lagi, tp kali ni utk jadi official photographer utk Gala Night yg dianjurkan oleh SMSA (Sechenov Moscow Student Association). Tanpa dikenakan sebarang bayaran masuk dan sekadar mengambil gambar para hadirin, lalu aku pon bersetuju. Aku kali ni xkeseorangan, aku ajak mubin dan posto join sekali. Posto ditugaskan utk kerja-kerja 'edit-mengedit'. Hasil drpd majlis ni boleh tahan jugak la. Tp utk hasilkan photo2 yg menarik, touch-up2 sket mmg agak perit la, plus 'deadline' yg agak singkat..tp layan saja..experiences yg penting :D..Hasilnya memuaskan..Alhamdulillah

dia yg aku maksudkan ini jugak sempat aku bawak sampai ke Murmansk, Russia. Murmansk ni suatu wilayah yang paling utara sekali di Russia. Org ckp, kalau 'cross' laut ke atas lagi sampailah kita ke USA dan Canada.huhu..punyalah hujungkan...

Murmansk, Russia


Suhu di sana sgtlah sejuk, malam pon boleh sampai 24 jam...aku bukan saja-saja utk ke sana, tp untuk melihat dan mentafsir ciptaan Allah sekali gus membawa 'dia' bersama aku utk merakam sesuatu..sesuatu yg cantik dan indah yg dinamakan Aurora Borealis atau dalam bahasa Inggerisnya dinamakan 'Northern Light'. Berkelana selama 36 jam di atas kereta api seramai 18 org dan bagaikan memperjudikan masa yg terbuang semata-mata utk melihat ciptaan Allah.



Xtvt dlm keretapi.


18 org kesemuanya. Rombongan besar!



Sikit aku xterasa rugi... Sedikit mengenai Aurora. Aurora ni ialah cahaya yg terdiri drpd cahaya merah, hijau, oren dan lain-lain lagi. Ia terhasil akibat pemindahan tenaga cahaya solar yg diserap oleh gas-gas di permukaan bumi kepada tenaga cahaya..bergantung kepada jenis ketumpatan gas di kawasan tersebut. Jikalau di situ oksigen tinggi ketumpatannya, maka warna merah akan terhasil. Jika nitrogen, maka akan bertukar warna hijau..So, di sini mmg mencabar kewibawaan aku utk bertindak secara cepat utk 'shoot' gambar aurora ni. Baik dari segi settingnya, kedudukan tripod dan suhu di kawasan tu. Aku di situ selama 4 hari. Bukan aku sahaja yg bersemangat nak 'shoot' Aurora, malah sifu aku (Idham) pon turut join. Hari pertama, seluruh kawasan dijelajah tambahan pulak pada waktu malam..sejuk pulak tu, namun xnampak tanda-tanda yang aurora akan muncul. Hari ke-2 dan ke-3 turut ditunggu, namun xtimbul2 Aurora tu..Hampa jugaklah, tambahan pulak, local people kat situ baru ckp yg Aurora ni baru terlihat sehari sebelum kami sampai, dan kalau nak nampak semula mmg ambil masa..pergh, pasrah..namun hati tetap tabah :D

Hari terakhir di Murmansk, kami turun awal dari apartment sewa, dan hanya lepak di tebing bukit berhampiran apartment sambil mengharapkan aurora muncul..langit semakin bertukar gelap..bintang-bintang semakin terlihat, malam semakin sejuk..tiba-tiba cahaya hijau di ufuk kanan kami samar-samar kelihatan..cahaya makin terang..makin menampakkan wajahnya yang sebenar. Subhanallah. Aku sujud syukur. Cahayanya sungguh indah. Seolah-olah berinteraksi dgn kami. Semua org gembira. Aku xtunggu, terus ku ambil 'dia' yg ku bwk selalu utk merakam ciptaan Allah yg satu...

Quadriple band


Wing shaped


Whirlwind shaped


Tornado-formed


Aurora at the back and us :)





Bersambung...

Sunday 16 November 2008

Aku dan dia part 1

Hari ini 16 November 2008, secara rasminya kamera DSLR 350D aku dijual. Salah satu gadget kegemaran dan kesayangan aku.

Ya, mmg aku sayang sgt-sgt kat camera ni, ya lah, 1st DSLR aku, dan pada masa yang sama itulah kali pertama aku kenal bahasa-bahasa camera ini..dari Aperture, DOF, Bokeyh, Shutter, ISO, dll. Dulu aku beli camera ni pon sbb sekadar utk menggantikan camera aku yg dikebas org tu, time tu di Rome. Aku ingat lg, waktu tu aku dan ajed tgh mkn di McD Republika (mkn Fillet-O Fish ja k :D), n then suddenly, datang seorang budak pengemis ke meja kami, mintak duit sambil menghulurkan satu helaian kertas yg bertulis apa benda ntah dlm bahasa Italy. So, aku time tu rasa mcm terpukau dan ajed pon sama. Masing-masing tertunduk. Lepas tu dlm 30 saat, budak tu blah dan kamera aku atas meja pon turut hilang. Demm!. Mmg aku kejar budak tu, biasalah org pro kan, sure lesap punya..so gambar2 aku time tu baru balik Colosseo dll pon 'hancus'..dah la besok nak ke Paris...maka, tanpa camera lah aku pergi..haih...xdak rezeki...

Azam bila beli DSLR ni, in sya Allah tak hilang :D, ya lah size gabak besar, aku rasa kalau buat-buat nak baling kat anjing pon, sure lari punyalah..tu tak baling lg, kalo baling masuk ICU kot..tapi time tu aku zero bab-bab DSLR ni, then abg aku, abg met pon dah start 'racun' aku dgn DSLR, ok, gerak terus p Sg. Wang..bajet2 nak usha-usha ja, try-try sket, tgk2 mcm menarik jugak gmbaq dia ni..siap salesman tu bg free tutorial kat aku time tu, tp mmg xpaham la kan time tu..aku tau tekan shutter ja..nak bokeyh ka, aperture ka .. yg tu sorry..nnt aku blajaq :D

..dan dia yg aku maksudkan.


So, aku pon beli. Mmg 'jakun' la kan, dpt DSLR, tp aku still xdpt effect dia lg, i mean apa yg best DSLR ni..so, aku pon rajin-rajin la photo-outing sorang-sorang, then edit sikit-sikit, then lepas tu masuk FILCKR..ni la jugak 1st aku register, lepas tu post gmbar aku..i still remember, idham(my senior) was the 1st one welcoming me in the flickr, he said "welcome to the club :)"..and then, member aku drpd ukraine Sed pon banyak tolong aku dlm Flickr ngn DSLR ni, thanx a lot to them, i owe all of u so much!..so lama kelamaan, aku dh get addicted dgn FLICKR, sambil diransang dgn photo2 cantik drpd member2 Flickr2 aku..so, aku makin berlumba-lumba cari 'angle' terbaik, editting yg kemas, dan terus ke FLICKR..

1st artwork aku.Typical.reflection.Still not bad eh for noob :P


2nd artwork. Potrait zuzue :D (Ain Zulaikha bt. Azmir)


Lepas tu, aku share 'feveret' aku ni dgn best fren aku-mubin. Dia pon angkat DSLR jugak selang beberapa bulan lepas aku. Best. Kami photo-outing sama-sama. Malam dan siang. Sambil-sambil upgrade level photography kami. Aku pon makin ketagih dgn kamera aku..lepas tu, aku beli 2nd hand Prime Lens f1.8. Lens ni aku suka. Sbbnya background blur utk object as known as 'bokeyh' (in japanese-dizziness) sgt lah lawa tahap 'cipan'..

Selanjutnya. Skill aku teruji utk pertama kali. Aku ditugaskan jadi 'bidan terjun' photographer, sebabnya official photographer xdtg pulak secara tiba-tiba. Aku mula-mula takut. Sebab, dah la majlis yg besaq, mmg tetamu yg official2, takkan lah aku yg 'noob' ni nak jadi photographer mlm tu kot..aiseyh..tetapi, aku beranikan diri jugak, dgn berbekalkan Prime Lens yg disebat 2nd hand td, aku pon start 'shoot'..Waaaaa, not bad. Sampai pengarah yg dtg dari KL utk majlis tu puji pic2 yg aku amik, siap suruh emailkan lg. Mcm biasalah, bila pengarah suka, Kak Zah pon happy. Thanx to Kak Zah dan Abg Lan atas kesudian memberi peluang utk aku menunjukkan 'skill-skill' yg terpendam. Tak lupa jugak buat senior-senior time tu Mat ju, Min, Melvin yg canang-canang nama aku utk jadi official photographer pada mlm tu. Thanx guys. Akhirnya aku di'reward' utk mlm tu sebanyak 4500 ruble! bersamaan rm 595. Bayangkan, dah la 'bidan terjun', equipment tak cukup, Speed light(Flash yg besaq atas DSLR tu) aku pon xdak, just prime Lens ngn 350D aku..Alhamdulillah..

Leisure Night. hasil drpd Noob. :D







Bersambung...

Wednesday 12 November 2008

Congrats bg met dan kak yue :D

Salam

Malam tadi dalam keadaan separa sedar, mungkin dalam mamai atau dikenali dgn REM (Rapid eye movement) state, beberapa kali SMS berbunyi drpd hp aku. Malas agaknya, aku pon xkesah SMS tersebut yang mana aku pon pasti yang SMS tadi mungkin daripada hal-hal urgent

Sebaik sahaja bangun dari tidur, mandi, bersiap-siap nak ke kelas aku pon terus check SMS inbox dlm hp aku..ternyata ada 4 SMS kesemuanya..salah satunya:

SMS:Mak
Bsln dah.girl lg.Alhamdulillah

SMS:Bg met
Kami on d way p spital ni. Yue dah turun darah pukoi 7 tadi. Doakan ibu dan bb selamat

Aku tersenyum gembira, bersyukur atas segalanya..abg aku dianugerahi seorang lagi baby girl, tepat pada pukul 2.13 petang waktu malaysia..

Baby girl :D



Aku bajet baby girl ni bakal lahir sama dgn tarikh hari lahir aku, tetapi jangkaan meleset...sama bulan pon dah kira orait :)










Ucapan ayah cik buat baby girl: Selamat datang ke dunia yg penuh pancaroba, yg di tengah-tengahnya penuh dgn kelalaian dan kebaikan. Semoga tidak hanyut ibarat buih-buih di lautan.. Semoga baby menjadi anak solehah yang mampu mendoakan kebaikan buat ibu dan ayah nanti..

Congrats bg met dan kak yue :D!!

Tuesday 11 November 2008

Zaman dolu-dolu

Salam kepada semua.

Haih, cuba nak lelap..tapi susah, dok golek-golek atas katil rupa-rupanya ni lah effect tidur tak hengat petang tadi .. sbb ptg td balik dari gym aku terus knock out..mungkin faktor cuaca jugak lah kot, winter malam pon awal, terasa nak tidur tu pon melampau-lampau..jaga-jaga pukol 9 mlm dah..wow!

Hurm, terkenang balik zaman aku time SMKA dulu. Dulu mcm biasalah SMKA mmg semua student pakai songkok, so mcm advantage la kan utk student2 mcm aku ni nak simpan rambut. Rambut ni kalau dah sampai hidung tu dah cukup kencang dah dan boleh bangga-bangga dah dgn memba2(kwn2)..so aku ni, salah sorang lah drpd golongan2 tersebut..tp rambut aku xlah sampai hidung..tp dah sampai dagu aku dah..wahahaha, panjang la jugak..lepas tu style rambut yg digemari time sekolah dulu of course la rambut 'seluk'..ni pengaruh XPDC dulu..baru rock beb!

Ok, alkisahnya, kegiatan kami ni tak dpt dibau malah dikesan oleh cikgu-cikgu, tp cam na ntah hari tu ada final exam form 3..lepas tu, cikgu yg jaga exam tu merupakan cikgu yg agak "black listed" di kalangan kami..nama dia kami panggil cikgu Rosli ..tp ada budak mana ntah tambah 'papan' di hujungnya..sbb nya dia incharge makmal KH kat skolah aku..garang dia mmg garang sungguh sampai aku pon pernah kena penampaq la dgn dia..

So, dia masuk dewan exam, semua budak dah cuak..drpd nak buat exam terus tak dpt nak concentrate..tapi aku chill buat tak tau sambil membetul2kan songkok aku dlm kedudukan yang baik utk cover rambut aku..huhu..ok, exam tetap exam..habis masa hantar kertas jawapan aku sambil risau rambut aku lagi drpd kertas exam aku..huhu

Kertas jawapan semua dia dah kutip, lpas tu dia bangun nak keluar, muka budak-budak ni semua dah happy..tapi aku perasan dia bangun sambil x bawak sekali kertas jawapan tadi..pelik2..dia nak p toilet kot..xpa2..

Sekembalinya cikgu yang disayangi tadi, tgk2 bersamanya gunting..pergh!! bebudak ni termasuk aku dah pecah peluh..dah terbayang dah masa depan rambut yg disimpan berbulan-bulan lamanya .. Dewan semua dah dikepung, dikunci pintu depan dan belakang..mana nak lari beb..Lepas tu dia ckp "hari ni ada spot check rambut! semua kluaq berbaris.."..aku pon bangun, bismillahi tawakkal tu'alallah..

Sraaaappp, rambut aku ditebas..aku tgk muka cikgu tu mcm syok jaa gunting rambut aku, xpa2 sejahat-jahat aku, ada hormat dgn cikgu..aku senyum redha, nasib baik rambut aku kira orait la..nak alter senang..tp kesian kat member aku sorang ni, nama dia Apit..pergh, cikgu tu potong rambut dia kaw-kaw la mcm abu bakar elah pon ada jugak..wakaka..So hari tu, mmg semua dpt gunting rambut free..rasa menyesal mai sekolah hari tu pon ada jugak..baik lepak kat kedai Mak Mah mcm hari-hari biasa..huhu..

Moral value: sila gunting rambut anda before amik exam :)

Monday 10 November 2008

OnG month

Salam to my brothers and sisters.

This coming of new month of November, actually will be my quite relaxing season for me. Ive got an Epidemiology and Medical Law classes which are interestingly taking only about 2 hours per day!
But, looking to other perspective, im going to take this chance as my advantage to repeat all my Obstetrics and Gynecology subjects. Well, actually all of these were my plan since my 5th year..it is because i knew my 6th year will kinda like my 'study leave' and all must be done by myself and if i lost within this comfortable year.......its such a waste...
Ya, almost i forgot, ive been given a task by one of my friends who was kindly ask me to help him to 'shoot' his Batik model, well its kinda like a Photography assignment i guess..yah, i was really interested to help him and perhaps it can contribute me with the new experiences..Well, I'll use all my skills start from the lighting until the processing using the photoshop..haih, without photoshop, im nothing..hehe
Ya, better to start study now..perhaps this November will be better compare to yesterday and wouldn't be such a waste for me..ameen

"Demi masa. Sungguh manusia berada di dalam kerugian. Kecuali org-org yg beriman dan beramal soleh dan saling berpesan-pesan dgn kebenaran dan berpesan-pesan dgn kesabaran" Al-'Asr:1-3

Friday 7 November 2008

Valsalva retinopathy

Salam guys,

As today's entry, i would like to share with u guys a little information from my 'little' whole knowledges in a medical field. Its called Valsalva retinopathy.

Valsalva-is a name of Bologna doctor, retinopathy-is a bad condition also known as a disorder related to your retina (one part of the eye). So what is the big deal to do with all of these things doctor?..Well i guess a lots..

Ok la, the first i would like to tell u is the mechanism. Its so simple as the name it is (ye ke??..), ok, sebagai contoh kita mengangkat benda2 yg terlampau berat, apa yg terjadi sebenarnya kpd badan kita?Apabila mengangkat benda2 berat, dan menahan nafas serta merta tekanan dalam paru-paru kita akan meningkat, seterusnya memberi tekanan kpd jantung dan seterusnya akan menyebabkan darah yang dipam oleh jantung akan menjadi sedikit. Seterusnya apabila nafas dihembus, tekanan dalam paru-paru akan normal kembali dan darah daripada vena (venous return) akan menjadi banyak secara tiba-tiba (abruptly)masuk ke dlm jantung dan jantung akan mengepam darah dgn jumlah yg banyak ke organ-organ badan yg lain, menyebabkan tekanan darah akan meningkat..dan sekaligus menyebabkan tekanan salur darah meningkat dan boleh menyebabkan salur darah terutamanya salur darah retina pecah, dan retina anda mungkin akan tertanggal !.

Retina yg tertanggal (retinal detachment)


The moral value is, when we will do some weight-lifting activity, try not to stop your breathing,but then try to breath as u lift the weight.It will decrease your tekanan paru-paru so that all mechanism above will not happen.

That was the explanation that i have tried to explain in a konsep-mesra pesakit. But dont worry this condition only happen to the high risk people such as a labored pregnant women with high power of myopia (rabun jauh), coughing, weight lifting, vomiting, bungee jumping, aerobic exercise etc

Any questions please do not hesitate to ask the doctor in charge :)

Monday 3 November 2008

Insan-insan terhebat

Mlm td, 2.11.2008..aku ada program discussion di M2, endocrine clinical case..pukul 12 tgh hari sampai pukul 5 ptg..lepas2 tu lepak dgn bebudak m2 yg lama dah aku xziarah, abun,al,zarip,cik din, anep, ada jugak syuk, firdaus dan nazlin..lpas tu kami ke simbad mcm biasa sbb tgh lapar..yg bestnya syuk belanja aku sbbnya dia ckp sempena besday aku..weee :D, so mmg best la kan mkn free!hehe thanx syuk..agak2 dlm pukol 7 mlm (12tgh mlm-waktu malaysia, 3.11.2008), kami pon berangkat balik ke hostel..dlm bas..hp aku berbunyi "Darling, there is one new msg.."

Hadiah bermakna..

SMS: Ayah
Salam, maaf sejak kebelakangan ni ayah jarang msg utk adik, tetapi hari ni ayah tetap ingat pada adik, ayah menghargai adik dan bersyukur adik menjadi anak yg taat, anak yg baik, anak yg menjadi kebanggaan keluarga..jadi utk kali ke-23 kalinya ayah mak berdoa moga adik menjadi insan terbaik di muka bumi ini dan moga segala doa adik diperkenankan Allah. Happy birthday yg ke-23..

SMS: Ayah
Setiap tahun ayah mak tak mampu hadiahkan adik dgn barangan mahal2 di hari ulang tahun yg keramat ini tp apa pon kami tak pernah putus hadiahkan adik dgn doa dan nasihat sepanjang waktu.Salam sayang dan rindu buat adik, jaga diri baik2..

SMS: Bg met
Selamat hari lahir adik abg.semoga cita2 dan harapan b akan kesampaian.Hanya tinggal 7 bulan lg nak struggle 4 success bro. abg syg adik abg..

Aku terpandang ke luar tingkap..hujan renyai2 bagai memahami perasaan aku ketika itu..Ya Allah!! sungguh ya Allah, syahdu perasaan aku ini xdpt diungkap lagi..ya memamg aku kerap kali mendapat msg2 begini ketika hari lahir aku..walaupun ringkas, tetapi isi dan nilainya tidak ternilai...

B dan mak


Ayah..bukanlah hadiah wang ringgit yg B nak..cukuplah dgn didikan ayah, nasihat sepanjang masa dan kasih sayang ayah buat B..B xmau wang ringgit ayah..B bangga dgn ayah..b bersyukur pada Allah kerana kurniakan ayah sebagai insan yg terhebat dlm hidup B...

Mak..terima kasih kerana melahirkan B..membesarkan B..kasih sayang mak, nasihat2 mak..utk B..hanya Allah yg mampu balas..Sungguh ya Allah!!!Jikalau aku mati hidup semula sekalipun, aku xmampu menjelas kan kesemua hutang-hutangku kepada mak
ayah...b sayang mak!!!






my priceless ..




Along, bg met dan kak yu...terima kasih atas segala-galanya..marah along, bg met dan kak yu jugak lah yg membentuk b hari ini..yg berjaya membuatkan B terbang ke sini mengejar cita-cita..menyambung cita-cita keluarga...terima kasih segalanya..hampa lah semua insan yg terhebat b pernah miliki..ya Allah!!..sesungguhnya mereka2 inilah hadiah buatku yg tidak terhingga dari-MU ya Allah..

ya Allah..aku bersyukur kpd-MU ya Allah, dikurniakan insan-insan yg terhebat..khas utk ku daripada-MU ya Allah..Kau ampunilah dosa-dosa mereka, Kau hidupkan lah mereka dgn kasih sayang MU, barakah-MU....Ameen ya rabbal 'alamin !