Saturday 22 December 2007

Kekosongan di tujuh satu tiga

Hari nih dua member aku (Glid ngn asol) dah selamat balik ke Malaysia, flight kol 1330. So, Basically of course la kan terasa sunyi sikit, xdak la nak huha huha lg, nak gossips2 (hehe kureng dosa aku la sket kan), pas tu mcm2 lg la..part yg best bila depa nih smua balik, time bila aku dpt penghormatan pegang kunci bilik depa, ngn dpt stok2 makanan ..hahah maklumlah kan balik malaysia nnt for sure la beli lain kan, so xbaik membazir..heheh

Lepas tu, aku pon tgh pening jugak la nak susun strategi utk match mlm nih sbbnya dua-dua org tu jugak la player utk team kami Heroes, dah la agak penting jugak position depa nih, yg tinggal aku,paiz,uzir,afi,fik, ngn wak..cukup2 satu sub..huhu..then, mlm nih 2 match jugak, sambungan lawan Shestoi dan Semi Final cup..huhu..cukup pasrah la aku pon..tp xpa, sebagai CAPTAIN (harharhar..) yg berkaliber , berkarisma bla bla.. aku kena tenang dan chill..

Then, encik Fizi plak yg akan berangkat diikuti dgn roomie aku (moobean) dgn zizie pulak nak balik, tp lewat sikit la lepas aku p jalan-jalan baru la dia balik malaysia, so again, bila aku balik bilik nnt for sure lg terasa kosongnya bilik aku..

Ada plak yg baru dpt tiket last-last minit dan semoga xdak yg emon-emon sbb xdpt tiket lg. Lpas tu balik Malaysia dgn senang hati..in sya Allah

Apa-apa pon aku ucapkan have a nice and safe journey utk kengkawan aku yg bakal nak ke mana-mana pon, jaga iman dan akhlak. Semoga berada di dlm lembayung Allah hendaknya...ameen~~

Sunday 16 December 2007

Hikmah yg tersembunyi

Assalamualaikum.

Hari nih, aku free sbb hari ahad. Terdetik utk aku menyampaikan atau berkongsi sesuatu. Tapi hari nih aku nak bercerita tentang mukjizat Al-Quran.

Pada suatu hari, seorang anak kecil bertanyakan kpd si bapa "ayah, kenapa aku kena baca Al-Quran.. padahal, aku xmampu mengingatnya apatah lagi nak menghafalnya...namun, aku disuruh membacanya walaupun satu ayat?" bertanya si anak..

Si bapa dgn lemah lembut menjawab dgn penuh hikmah dan kasih sayang "anakku, kau ambil satu bekas yg kotor dan terdapat lubang-lubang kecil di dalamnya..dan cuba isikan air yg bersih ke dalamnya..dan bawakan bekas itu kepadaku.."

Tanpa membantah mcm anak-anak sekarang, si anak itu patuh kpd suruhan ayahanda yg tercinta. Dicubanya berulang kali membawa kpd si ayah bekas yg berisi air ..namun, gagal dan isinya tetap kosong kerana mengalirnya air di celahan-celahan lubang kecil itu

Si ayah berkata "Cukup anakku, tidakkah kau nampak ke mana perginya kotoran itu?..bekas itu sudah menjadi bersih bukan?begitulah analoginya antara Al-Quran dan hati manusia. Al-Quran bagaikan air bersih tadi yg berjaya membersihkan hati-hati manusia yg sedia membacanya walaupun hasilnya bukanlah dari segi hafalan dan ayat-ayat yg diingati oleh mereka (air terisi)..itulah dia mukjizat Al-Quran

Apa yg aku nak sampaikan, membaca Al-Quran adalah suatu proses pembaharuan jiwa dan iman seseorang muslim walaupun pada hakikat mata fizikal kita tidak nampak. Mmg bagus jika dapat dihafal dan mempraktikkan apa yg dibaca..namun, bg insan biasa misalan mcm aku ini, sudah tentu hafalan utk keseluruhan ayat amatlah berat tetapi Allah itu Maha Adil, disembunyikan mukjizat Al-Quran tersebut supaya kita tidak berputus asa dan terus memperbaiki iman kita melalui proses "pembersihan dan pembaharuan" ini

Jazakallah

Saturday 15 December 2007

Aku juga nak bermonolog :)

Terfikir aku sendiri, betapa susahnya nak berlaku jujur, sehebat mana jujur yg disuratkan namun sejarah lampau juga yang ditafsir dan terhasil..lantas kepercayaan bukan lagi miliknya.

Bagaikan seorang bapa yg percayakan anaknya, memberikan segala kemudahan yg ada, semuanya. Tetapi disebabkan hanya satu kesalahan kecil yg barangkali si anak tidak sedar,belum matang.. mampu membuatkan si bapa hilang percaya serta-merta..si anak tidak mampu berbuat apa-apa, cuma kepada Ar-Rahman lah dia mampu berdoa, si pemilik hati-hati insan.."Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dgn jalan yg sabar dan mengerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada org-org yg khusyuk" (Al-Baqarah: 45)

Cetusan ini drpd aku yg barangkali baru terjaga dan tersedar.Banyak lg jalan yg bakal dilalui sebagai seorang hamba, anak, doktor, pemimpin..diharapkan aku cepat belajar drpd semua ini .Tetapi apa yg aku dpt? ..."Sesungguhnya Allah telah membeli drpd org-org mukmin, diri, harta mereka dgn memberikan syurga utk mereka.." (At-Taubah:111)..Nah, Inilah janji-janjiNya

Tuesday 11 December 2007

Resah

2-3 hari ni aku rasa sesuatu xkena,kelam kabut, kusut, bimbang, resah..aku pon xtau kenapa boleh jadi mcm ni..kekadang aku mencari sebabnya, namun gagal..aku rasakan segala nikmat2 yg diperolehi tidak aku syukuri..ya la, nikmat islam, iman, ibadah, kehidupan, pelajaran, kawan-kawan dll..Ya Allah, adakah inikah detik2 ke arah kekufuran?nauzubillahi min zalik..

mungkin aku terlalu mengejar sesuatu benda yg xpasti?pada hal benda yang pasti telah jelas ..Ma sya Allah..namun, aku sedar..aku sebenarnya sedang diuji dgn ujian yg x seberapa, ujian mematangkan iman dan diri ini..

Firman allah
"...dan janganlah kamu berputus asa drpd rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (surah Yusuf: 12)

Thursday 6 December 2007

cara si pemuda yg baik

Assalamualaikum. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. Nih entry ke-2 aku utk blog ni. Tadi aku terjumpa seorang sahabat aku dan ada la beberapa isu yg kami sembang. Drpd isu yg merapu sampai la sesuatu yg melibatkan kemasalahatan ummah. Lepas tu kami bincang la satu isu. Mcm nih lebih kurang - "Boleh tak kalau sorang tu kan, dia nak tolong mak bapak dia yg miskin, tp sumber duit tu drpd bisnes dia jual dadah tak pon mencuri?"

lepas tu, perbincangan bermula. Di sini, aku nak cakap, matlamat si pemuda nih memang mulia, nak bantu mak bapak dia, kalau x masakan Rasulullah SAW ulang 3 kali kepada sahabat yg bertanyakan priority tanggungjawab fi sabilillah atau menjaga ibunya?(mafhum hadis, boleh la rujuk hadis trsebut utk penjelasan lanjut). Mmg x dinafikan, mmg mulia matlamat dan niat pemuda tersebut. Tetapi di sini timbul pula CARA pemuda tersebut mendapatkan wang. Obviously HARAM caranya. Lalu bagaimana?niatnya baik kan?xkisah la cara apa yg dia guna janji mak bapak dia hidup dgn selesa.

Di sini timbul satu kaedah Fiqh " Matlamat Tidak menghalalkan Cara ". Aku nak kongsi kat sini, walaupun niatnya baik, mulia kerana nak tolong mak bapak dia tetapi cara yg digunakan amat dan terlalulah salah sampai jatuh hukum Haram dan berdosa. Serta merta matlamatnya (niat) itu yg nak tolong mak bapak dia pon tetap tak boleh dilakukan.

Apa yg aku nak highlight kat sini, sememangnya kronologi dan jalan cerita si pemuda di atas amat senang utk kita faham. Tetapi bila aku tinjau kehidupan aku di sekeliling masyarakat yg kini aku berada, masih tetap ada situasi tersebut walaupun keadaan dan latar belakang yg berbeza. Mmg orang akan cakap, " tak apa, objective dan matlamatnya baik..layan saja..". Tetapi pernahkah sedetik kita persoalkan "Bagaimanakah caranya?", "Halal atau tidak?"

Aku bukannya apa. Tak lah sempurna sangat. Dosa tetap dilakukan. Tapi rasanya tak salah aku nak berkongsi. Janganlah sampai bertaqlid mengikut niat yg murni itu sampai membelakangkan caranya. Banyak CARA yg halal di sisi agama yg boleh merealisasikan NIAT yg murni itu, seterusnya menjadikan salah satu saham kita di akhirat kelak. Yang kurang itu drpd aku, yang baik dtgnya drpd Allah.

Tuesday 4 December 2007

Sebelum terlena utk ke kelas esok :)

Nah.Tahniah buat aku yg x tidur lagi dan besok kelas pack tersangat-sangat lah hanya Allah yg tahu, sbb esok kelas infectious dan phylosophy. Dan yang best nya pasal dua-dua kelas nih sbb dua-dua amatlah jauh dan memerlukan kecekalan yg tinggi utk menapak ke kelas tersebut.tp tarak hal la kot, aku layan saja dan 'kapak' sepenuh hati aku..lillahi ta'ala semoga aku ke kelas dpt meningkatkan tahap iman aku se'level' walaupun xbanyak tapi itulah yg diharapkan.ameen~~

Aku nak bercerita sikit pasal kelas phylosophy aku yg rata-rata budak-budak group 5 nih dah biasa dgn aktiviti aku yg memag suka terlelap dan kuat menyampuk bila cikgu cakap (jangan tiru perangai ni). Tapi apa yg aku nak ckp kat sini, aku menyampuk, 'pom pang' dan whatever it was bukan lah sekadar aku bercakap kosong. aku bercakap berdasarkan pemikiran, idea dan pengalaman. Dan ternyata benda yg aku menyampuk tu betul dan tepat dengan perihal org-org zaman dolu-dolu (dahulu kala) yg mana mereka semua nih amat terkenal dgn kata-kata phylosophy mereka. Apa yg aku nak highlight kat sini adalah, begitu cetek dan terhadnya pemikiran manusia itu sampai kata-kata melalui pengalaman dan idea dah boleh buat phylosophy yg amat hebat. Dan benda yg positiv aku dapat suratkan dan tafsirkan adalah phylosophy yg hebat mampu mengubah sejarah sesuatu bangsa melalui kelakuan yg elok dan perkataan yg hebat. Namun x semudah yg di cakapkan..

Jangan terkejut bila mana kata-kata org phylosophy nih mampu mengangkat diri mereka sebagai pemimpin yg terkemuka utk sesebuah tamadun. Lihat saja contoh yang terdekat, Rasulullah SAW. Baginda x perlu kata-kata manis, bermadah-madah yang mana kata-kata tersebut belum tentu dapat direalisasikan. Cukuplah sekadar AKHLAK yg mulia, hebat, dan sempurna. Banyak-banyak aspek, kenapa aku pilih AKHLAK baginda sebagai satu X factor utk menjadikan baginda sebagai seorang pemimpin yg hebat? Bagi aku yg lemah nih, soal AKHLAK amatlah berat dipikul dan ringan bila dicakap..memang sesuatu yg ringan dipandang, namun berapa ramai org yg mampu maintain AKHLAknya? Seolah-olah di sini aku nak buat satu perumpamaan, ramai di antara kita yg nampak batu besar di dlm perjalanan dan mengelak sebaik yg boleh, tp mereka tak terfikir yg batu kecil-kecil lain yg di tengah jalan lah yg akan membuatkan mereka jatuh rebah ke bumi.

Barangkali kita selalu terdengar ayat-ayat mcm nih drpd sesetengah pihak "eleh, main snooker tu xelok, tp yg dia mengumpat, dok mengata kt org tu baik sgt kot?".mmg selalu aku terdengar, ternampak dan kena tanya dgn persoalan nih. mmg xboleh nak salahkan si penanya tersebut. Nak salahkan pada yg terkena pon aku pon x tahu, silap2 kalau aku meng'iya'kan soalan tu, dah berkompromi pulak dgn dosa pulak.Hm.so benda nih bagi aku senang saja. Semuanya berkaitan dgn AKHLAK kita. Kalau akhlak mahmudah menjadi pakaian dan perhiasan bagi semua orang, soalan tu tak berbangkit dan semua benda yg x diingini boleh kita elakkan

Sebab apa aku cakap pasal benda ni?sebab ianya reflek dan bidasan utk aku. Yang mana merasakan hari-hari aku lalui pada 2-3 minggu ini x menambahkan iman aku sendiri, even sedikit pon.

Aku memohon dgn sangat dan berdoa kepada Allah, semoga dgn penulisan yg x seberapa ni, bila aku bukak balik dan baca catatan ni, dpt menjadi pengingat dan amaran bagi aku yg semakin kerap kali mudah lupa.

kembali bersama jatbee

setelah 22 tahun 1 bulan 1 hari menyepi, jatbee kembali utk mengapak dan menulis blog..BLOGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG..nantikan episod seterusnya..ha ha ha.support rock kapak~~yeah2